::: dudes :::

Monday, January 6, 2014

Ini ke yang nama Pavlova?

Assalamualaikum.

Entri kali ni adalah mengenai satu jenis makanan yang bernama pavlova.
Sebenar-benarnya aku tak kenal pun apakah Pavlova ini. "muka sedih"
Tapi, few weeks ago kembar aku telah membuat makanan ni di rumah dan dapatlah aku mengenal dan mencuba sikit rasa Pavlova yang disebut-sebut sekarang ni.

Ni dia hasil Pavlova Aghoh.

Sila abaikan kecomotan topping pavlova tu yee. Aghoh terlebih letak coklat Hershseys , biasalah first time kot dia buat benda ni.
Actually dia buat Pavlova ni utk Kak Long aku kat Johor, mamandangkan umi nak kirim sedikit barang kpd Kak Long katsepupu aku yang baru nak ke Johor kitorang decide lah nak bg sikitlah buah tangan kat dia. yelah, asyik hantar gambar makanan yg kitorg masak kat what'saap, kesian kakl long, dahlah preggie. Aghoh buat Pavlova, aku buat biskut famous amos.
Namun begitu,haha, disebabkan penggunaan whipping cream dlm pembuatan Pavlova ni, makanya tak jadilah nak kirim kat kak long. Biskut aku je yg selamat sampai.


Ini gambar Pavlova dalam oven. Nampak cantikkan struktur dia bila mengembang.
Aku yang tak pernah kenal Pavlova ni memang noob sangat.
Aghoh bakar dalam oven baru hadiah kahwin kak long haritu.Haha. 


Tengoklah tu isi Pavlova ni. Nampak sedap kan. Tapi mintak maaf lah sangat2 Aghoh, sebenarnya pavlova ni memang tak menepati citarasa anak tekak aku betullah. Rasa telur tu kuat sangat. 

Aku makan sikit je atas paksaan Aghoh and aku just nak try macamana sebenrnya rasa Pavlova ni. At least kalau orang cerita pasal Pavlova aku boleh menyampuk, ye dakk? hehe.

Kesian betullah kat Aghoh, sebab Pavlova dia memang tak berapa laku. Dia sorang je yang beria-ia makan.

And.

Malam tu kitorang ada tetamu, takdaklah tetamu sangat, ayah cik stu famili dtg ke rumah.  Ayah Cik ni ada ramai anak, 7 orang tau.  Umi aku panggil diorang 'mangsa banjir' sebab setiap kali umi diorang masak mesti makanan tu licin. Memang diorang selera tinggilah. 

Ayah cik ngan family memang langkah kanan lah malam tu sebab ahgoh keluarkan Pavlova dia yang tak laku tu kat diorang. Haha.
Of course lah semua licin di sapu.
Memang puas hati tengok diorang makan.

tengok penuh ruang tengok tv rumah aku dengan budak2 ni.


Ni Ayah cik dan Aisyah. Memang berselera diorang mencuba Pavlova ni.
Alhamdulillah lah, sebab tak membazir. Nasib baik diorang datang kalau tak tak tahulah siapa yang nak habiskan Pavlovaa tu.

Aku tak join Aghoh masa dia buat Pavlova ni sebab aku sibuk buat biskut aku. So, takdelah resepi pavlova ni ye.



Thank You for reading this entry. 

Saturday, January 4, 2014

Meh sini: Resepi Udang goreng Mentega kaw!!!


Udang goreng mentega atau Butter prawn.
Hari tu aku teringin sangat nak makan udang butter macam kat restoran New Horizon yg pernah aku makan dulu. Kat rumah memang dah ada resepi butter prawn ni yang kaklong aku print dri internet dulu. Tapi umi cakap kak long pernah buat butter prawn tapi kurang menjadi. So, aku carilah sendiri resepi dalam internet jugak. Aku terjumpa satu resepi butter prawn yg agak senang dan nampak sedap dari blog kak azie.
Ada jugak blog2 lain yang aku terjah utk cari resepi butter prawn ni, so aku compare kan setiap resepi and tengok persamaan, then aku decide nk ambik resepi kak azie tu utk melaksanakn misi aku.

Alhamdulillah, resepi kak azi tu menjadilah, walaupun tak lah sebijik macam restoran tapi berbaloi lah.
Ok, aku akan kongsi resepi Udang mentega yang diambil dari blog Kak Azie ni.

Bahan-bahan:

Utk sarang/floss telur:

2 biji kuning telur
 (aku guna 4 biji, nak lebih floss ,hehe)
1 senduk butter/majerin
1 cawan minyak masak

Cara-cara:

1) Pukul ringan kuning telur tu.

2) Panaskan butter bersama minyak masak. Semoleknya gunalah          senduk bulat.

3) Bila minyak dah betul-betul panas, pusing-pusingkan minyak tu        laju-laju membentuk satu bulatan. Pusing -pusingkan tanpa              henti.

4) Tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi-tinggi sikit supaya telur       yang jatuh tu haluu~s.

5) Jangan berhenti pusing minyak tu semasa menuang kuning telur. 

6) Teruskan memusing sampai habis kuning telur dituang. 

7) Pusing lagi telur tu sampailah telur masak dan berwarna                   keemasan (telur tadi akan jadi berbuih buih )

8) tapiskan telur yang dah masak tadi atas penapis santan utk               toskan minyak.


Utk udang:

12 ekor udang (kt rumah ada 12 ekor je, huhu)
sedikit garam
sedikit lada sulah
minyak utk menggoreng
3 ulas bawang putih dicincang (aku tumbuk dgn lesung)
6-8 cili padi (aku xletak sebab bekalan cili kat rumah dah habis)
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar (aku guna setengah cawan susu cair)
sedikit butter/majerin
sedikit serbuk lada putih-optional ( aku xletak)
garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Gaul udang dengan garam n lada sulah dan gorengkan.
     P/s: aku gaulkan udang tu dengan serbuk kunyit
2) Goreng udang tidak terlalu lama sebab nanti kulit udang tu jadi         keras. 
3) angkat udang bila masak dan toskan. minyak tadi keluarkan.

Cara-cara utk kuah:
1) panaskan kuali dgn butter 
2) tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai naik bau.
3) masukkan susu cair dan masakkan sekejap.
4) masukkan udang yg digoreng tadi
5) masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
    P/s: jangan masukkan garam banyak sgt sebab butter tu dah                    masin dah. Aku masukkan gula sikit nak kasi seimbang.
6) bila semua dah siap masukkan udang tadi dlm pinggan dan taburkan floss/sarang telur tadi.

Sedia utk dimakan.

Aku tak ambik gambar step by step buat udang ni sebab masa tu nak cepat. So, kalau nk tengok gambar step by step pergi kat blog Kak Azie ye.

Udang Butter yang aku buat ni dimakan oleh umi, aghoh , adik ahmad and aku. Diorang cakap sedap gilerr.Haha. Kembang kempis hidung ambe. 
Alhamdulillah, maknanya resepi ni boleh pakai lah lain kali.
Aku berhajat utk buat sekali lagi udang butter ni sebelum balik uia, tapi harga udang kebelakangan ni mahal sangat. 1 kilo boleh cecah RM33. Terima kasih jelah kalau mahal macam tu sekali.
Inshaallah kalau ada peluang ambe buak lagi.

selamat Mencuba yee..






cuti ke??

cuti oh cuti
3 bulan yg penuh bebas
bebas dari kuliah
bebas dari tutorial
bebas dari kuiz
Ya. Bebas
bulan terawal gembira. sengihnya sampai telinga.
bulan seterusnya.."boringnye.."
bulan terakhir .."cepatnya masa berlalu..."
drama korea ditonton berepisod-episod.
drama tv tak pernah ditinggalkan.
kata cuti..
laptop setiap hari terpasang.
alam maya setiap hari dilangkah
facebook , twitter, youtube
adik main  game kat facebook
si kakak pula tengok video kt youtube
tak sampai setengah bulan
habis sudah quota
wifi jadilah lambat lembab
sudahnya si kak salahkan si adik main game
si adik pulak salahkan si kakak  download video selalu
padahal sama2 tak sedar salah sendiri
=_=
setiap hari selalu brunch aja
breakfast+lunch, dah tu setiap hari jadi burung hantu.
malam celik, siang membuta
macamana tuu~

Tuesday, December 17, 2013

Resepi Karipap Rapuh Sangatt

Assalamualaikum warah matullah ..semuaa. Hari ni aku ada something special nak share tau. Haa.
Well. memandangkan aku cuti sekarang, dan aku sangat boring di rumah, jadi aku telah mencuba beberapa resepi yang aku jumpa dalam buku2 resepi yang ada kat rumah. Hasilnya sangat memberansangkan .haha.
 mak aihh...kenape sampai comot2 buku ni, dahlah takdak cover. adoyaiii.

Haaaaa! inilah buku resepi yang aku guna utk buat karipap yang aku mention kat title entry ni..haha. jangan terkejot sebab aku pon terkejut. inilah orang kata 
"Don't judge a book by its cover" , walaupun buku aku ni takdak cover.
Mula2 aku pun heran, macamana buku bughuk ni boleh sesat dalam rumah aku.haha.
aku try tanya umi , and umi sendiri cakap dia pun tak thu. haha. Tapi umi ada cakap yang buku ni adalah buku Kemahiran Hidup masa zaman dulu2.
No wonder lah..kalau korang baca buku ni, memang dapat jadi suri rumah terbaikk punya.. resepi apa dia tak ada, dari cara buat air teh dan cara nak masak nasik, sampailah cara nak buat ikan masak masam manis. semua step tu memang terbaikk lah. sebab tulah karipap yang aku buat tu menjadi.


Ok. Back to the main point. Cara nak buat Karipap yang lazat lagi enak.

Resepi Pastri Rapuh (resepi asas)
Bahan2:

120gm tepung gandum
1/4 camt. garam ( hujung sudu je)
45gm majerin beku
3-4 air sejuk.

Cara2:

  1. Ayak tepung dan garam masuk dlm mangkuk.
  2. masukkan majerin.
  3. potong majerin kecik2 ngan pisau
  4. gaul dan ramas majerin dan tepung dengan hujung jari sampai jadi macam serbuk roti
  5. masukkan 2 sudu air sejuk. kacaukan campuran.
  6. masukkan air 1 sudu demi 1  sampai doh jadi lembut dan tak melekat kat tangan.
  7. doh anda telah pun siap.

Persediaan inti:

Bahan2:

1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji kentang (potong dadu)
daging kisar ( sukatan ikut suka hati)
2 ulas bawang merah. (hiriskan)
2 helai daun kari (potong kecik2)
2 sudu serbuk kari (bancuhkan dengan 2/3 sudu air atau santan)

cara2;

  1. goreng bawang merah sampai keemasan. keluarkan.
  2. masukkan dalam kuali tadi daun kari. goreng sampai bau wangi.
  3. masukkan bancuhan serbuk kari.
  4. tumis sampai naik minyak n bau wangi.
  5. masukkan daging dan kacau rata samapi masak.
  6. masukkan bawang besar, kentang.
  7. kacau rata.
  8. masukkan garam sikit, gula sikit, ajinomoto sikit.
  9. rasa ...
  10. kalau dah sedap tutup api.kalau tak, perasakan lagi smpai kena dengan lidah kita.
  11. lepas siap inti tu. biar inti sejuk.
  12. gaulkan dengan bawang merag goreng tadi.
  13. inti anda siapp.
doh pastri yang telah siap tadi, canaikan ia dengan penggelek.
potong pastri  bulat2 dengan penerap. aku takdak penerap... so aku guna muncung gelas.. pastikan bersih yaaa.

masukkan inti atas sebahagian pastri bulat tersebut. tutup inti dan tekan hujungya utk ,eratakannya.
kelimkan bahagian tepinya.

goreng dengan api sederhana.

Siap utk dihidang!!!!



Spicy Spaghetti & Fethucinni Bolognese Recipe

Assalamualaikum semua. Bertemu kita kembali di alam maya ini. hehe. Hari ini , alhamdulillah sangat aku ucapkan sebab aku berjaya memasak spageti bolognese dengan air tangan aku sendiri. Ini adalah first time tau. sejak masuk fasa terakhir cuti 3 bulan aku ni, aku juga memasuki fasa memasak. haha. lepas survey punya survey macamana nak masak benda ni, siap call roomate kat Johor lagi, akhirnya terhasillah Spaghetti Bolognese aku..hehe, happy ni tau.

So, aku rasa macam nak kongsi lah sikit resepi yang mudah ni.


FOREMOST:
Bahan-bahanya:

5 ulas bawang putih (potong dadu / cincang)\
1 tin cendawan bulat
2 botol sos pasta tradisional kimball
ayam cincang ( sukatan ikut suka hati)
sosej (potong nipis2)
garam gula secukup rasa
sos cili ( kalau nak pedas)
tomato puree (optional)
SPAGHETTI (aku guna vernecilli punya pasta, sukahatilah nak jenis apa ye)





Langkah-langkahnya:

  1. tumis bawang putih tu sampai wangi.
  2. masukkan cendawan, ayam, sosej
  3. masukkan sos spageti kimball. masukkan air dalam botol tu utk habiskan sisa sisa dia.
  4. masukkan sos cili
  5. kalau nak masam masukkan tomato puri. (aku masukkan jugak tomato puri ni, tapi jadi masam sangat).kena pandai bajet lah.
  6. tambahkan air kalau pekat sangat.
  7. cuba rasa.
  8. kalau macam lack of something, masukkan gara secoet, gula pastu ajinomoto sikit je.
  9. cuba lagi. kalau dah best tutup api

oh!! aku lupe nak terangkan macamna nak rebus pasta tu.

  1. didihkan air dalam periuk
  2. masukkan sedikit garam dan sedikit minyak
  3. bila air dah menggelegak, masukkan spageti tersebut
  4. rebus sampai semua nya kembang dan dah lembut.
  5. tos kan dan siap dihidang.







Haaa.. macam tu lah caranya ye.. 
semput aku menaip. hehe. Spageti aku buat ni kalau lidah aku macam ok je, tapi mak sedara aku cakap terlebih pedas.
maybelah sebab aku rasa macam terletak banyak sangat sos cili.huhu. Apepon inilah hasilnya... TArrraaa...






Alhamdulillah...sangat. Aku masak ni utk brunch hari ni, tapi sebab ada lagi lebih, aku makan utk supper jugak.

biasalah, cuti cuti ni, kerja bina badan tu, memang kerja aku..haha. 

utk supper aku rebus Fetuchinni, sebabh spaghetti aku dah habis. aku tak tahu pulak yang satu peket lagi pasta san remo tu adalah fetucini, tapi nak buat mcamana dah beli kan. hentam jelah labuuu.

Supper : Milo Tabur Dinosor dan Fethucinni Bolognese.


Ok lah . Till then . Wassalam.

COMEBACK entry

Assalamualaikum semuaa. Rasanya dah lama aku tak update entry baru kan. tersangat lama. padahal aku start cuti bulan 10 lagi.dan ni dah masuk bulan 12. cuti aku pun dah masuk fasa terakhir.huhu. agak sedih di situ.  sepanjang cuti aku ni, aku dilanda keboringan yang tak melampau sangat laa.

bulan sebelas hari tu kak long aku telam selamat menjalani majlis konvokesyennya. alhamdulillah. tahniah aja ucapkan kepada kak long. semoga berbahagia bersama suami tercinta. Kak long konvo lepas dia dah dapat kerja tau. sekarang ni dia kerja kat hospital kat Johor. humm, dalam bidang farmasi lah.

Masa kak long dalam dewan nak tunggu turn nak ambil scroll, kitorang tak boleh masuk, umi dan ayah je yang dibenarkan utk masuk, haha, aku, aghoh, kak ngah dan adikk apa lagi, merayau-rayau lah sekitar kawsan UIA Gombak yang besar gedabak tu... mula2 kitorang jalan2 dulu, nampak ramai sangat makcik2 , abang2 tengah jual bunga, yelah majlis konvo kott, bunga tu memang tak boleh lari lah kan..

kitorang jalan2 kat booth pameran negara2 luar yang dibina oleh student2 UIA kat sane, tak haairan pun sebab UIA ni kan international, mestilah ramai foreigner,  bergambar sakan lah sepanjang 'perayauan' kitorang tu..haha


lepas tu ternampak lah budak2 ngan orang dewas ada jugak tengah main belon gergasi, waah, kitorang apa lagi, terus nak main jugak lah..
sewa stick yang paling besor, pastu main pepuas hhaaha...memang buat kawasan tu macam kwasan rumah kitorang je..semua org tengok, malu naa




haha memang the giant bubble lah..

kitorang memang terpisah terus ngan abg long iaitu abang ipar baru kitorang haha, suami kaklong,
kalo dia ada sekali , memang tak ah main jayen babel bagai..


inilah hasilnya, family potrait kita orang, Tahniah once again kak long , gambar ni nampak macam 8 orang kan, tapi sebenarnya 9 orang, alhamdulillah tahun depan inshaallah aku akan dapat anak buah..hehe

That's all ,you all.
Wassallam.


Saturday, May 25, 2013

kena gelak sebab minat Anuar Zain

zaman sekarang orang minat artis Korea, Kpop...layan drama , n fanatic group diorang...aku layan jugak drama Korea tapi setakat ni aku boleh kira dengan jari jer berapa drama Korea yang betul2 aku layan sampai habis, Dream High, Fugitive Plan B, Rooftop Prince, Becoming a Billionaire, n currently, aku dalam proses nak habiskan drama Arang n the Magistrates..

Runningman adalah satu2nya realiti show yg aku btol2 minat gler, sebagai penghilang stress aku lepas aku habis kuiz..haha (talk to the hand)..

tapi sekarang bukan benda tu aku nak cakap..haha,  haritu, masa roomate aku tengah sibuk cakap pasal Shinee, Ft Island, tetiba aku menyampuk, aku cakap, aku tak layan lagu Korea sangat, aku lebih suka Anuar Zain punya lagu..diorang terus gelakkan aku sampai pecah perut, memang kurang hasam punya kawan, hahaha, ada ke pulak cakap aku tak up to date sebab minatt artis melayu, kenape pulak tak boleh, at least aku minat orang Islam kan ,, hahaha..-..-

aku minat dia tu sebab suara dia yang empuk jer..haha, bila aku dengar lagu sedetik lebih  maser aku tengah studi , tetiba aku perasan yang suara dia best sangat..haha, sejak tulah aku jadi minat all of sudden, and start tulahh aku download lagu dia dari Ajari aku sampailah Lelaki ini, tapi bila aku cakap kat mak sedara aku, dia pun sama ja macam kengkawan aku yg len, gelakkan aku.. hahaha, lantaklah..aku layan lagu random jer, tapi antara suara feveret aku suka denga, Anuar Zain, Letto , Siti Nurhaliza...aku pun taktau kenapa..hahaha


speechless moment when..

aku nak cerita satu cerita , seorang budak ni, according to tajuk kat atas ni..cerita dia macam ni..

Diana (bukan nama sebenar), sorang budak yang boleh dikatakan baiklah, sekarang dah masuk U dah pun, n kat U sana, dia adalah belajar ilmu agama jugak, n termasuk dalam apa yang dia belajar tu pasal mengumpat, atau orang putih kata 'backbitting' atau org arab kata 'ghibah', di ada belajar pasal situasi2 bila mengumpat ni diboleh kan, n dia sedar bahawa bila mengumpat tu macam makan makan daging sedara di yang mati, dia cuba sedaya upaya nak elakkan dari mengumpat tu, sebab dia tahu yang Allah larang orang mengumpat, tapi, ada ja time time yang dia termengumpat,
kalau dengan kawan2, dia boleh kawal perbualan so that tak masuk zon mengumpat, tapi bila dia balik rumah dia xleh nak cakap apa bila  famili dia yang lebih tua dripada dia mengumpat, nak cakap tak kena , so thats when she become speechless..dia taktau nak buat apa, so dia pun senyap jer..
last sekali, dia doa dlm hati semoga Allah hentikan mereka drpd mengumpat....



catering:housekeeping:exhausted

exhausted dayssss..that what i wanna expressed for my current situation..wake up at six, and at 7.30 rushing to resort to start working..ommo?? resort..haha..

i was just recruited by my mak sedara to be one of her workers for this holiday..yes a resort worker next to my house ..Gelora Beach Resort, it is actually part of my family business, but currently handled by my mak sedara..

harini boleh dikatakan agak busy, pagi start catering, sedia breakfast utk budak sekolah rendah yang masuk buat program, yelahh, dah start school holiday kan, memang tak menang tangan lah, tak sempat bebudakk tu lapar dah kena bagi makan kat diorang minum pagi, lepas tu lunch, agak pening disitu, ditambah pulak dengan sore throat yang menimpa aku sejak balik dari PJ ni..tapi takpalah abaikan..n harini tak pening macam semalam, n tak stress macam semalam..

semalam, mak sedara aku yg  memang aku rapat gilerr, yang telah rekrut aku bekerja tu..marah kat aku semalam, n marah kat kembar n jugak sepupu sorang lagi yang juga telah direkrut sama.. ini disebabkan  kami masuk kerja tak seperti diarahkan, n kami janjikan..haa tengok tengok...(kalau nak kerja buat cara nak kerja)..haha, memang cuak n stress semalam, aku tegur dia, lansung tak disambut dengan jawapan, malah dijeling haha, (serve your right)..n pagi tadi , (of courselah aku masuk kerja tak sampai pkul 8) , terus aku minta ampun, haha, minta maaf dengan mak sedara aku tu..lepas tu kenalah bebel bebel ngan dia..tahan telinga sudahh, dah pandai buat salah, pandailah minta maaf, kan?

alhamdulillah, harini hubungan kami jadi ok balik ..haha, betullah tu air dicencang takkan putus, kalau diminum baru habis, kan kan...  ..lepas bebudak sekolah rendah tu check out tengahari tadi, kenalah house keeping beberapa bilik, n  esok inshaalah, kemas asrama pulak..

nak dijadikan citer, cuti ni maknanya aku bekerja sakan lah yeee...haha.. 

Wednesday, May 22, 2013

expect the unexpected

live is unexpected , we need to expect the unexpected, so when the unexpected comes, we already ready,

aku bercakap sikit punya macam pro, (pro sangatlahh ye..),

berbalik kepada tajuk asal, aku xde ape sangat yang aku expect sekarang melainkan aku expect nk dapat 4flat utk exam yg bru lepas ni, somehow, actually aku expect yang aku akan dapat 4 tu, aku expect ok, expect, or mungkin boleh cakap yang aku perasan..atau bermimpi?lantaklah apepun, tapi for sure, i didnt expect less then 3.5, and benda tu tu yang aku baru perasan yang less then 3.5 is unexpected..

suddenly(ayat clihe), i realize, i shouldnt abandoned this 3.5 and below, aku mesti masukkan jugak dalam list expect aku tu, so that im ready emotionally..so, takdelah aku frust menonggeng sangat lepas ni, kalau aku dapat yang unexpected tu, tapi na'uzubillah, mintak dijauhkan..

berbalik kepada ini entry punya title, expect the unexpected, tadi berkisar tentang result aku yang aku expect, and now, about how my life flow that i expect..which mean here and hereafter(akhirat)..
ofcourse every single person aku rasa akan expect masuk syurga bila kiamat nanti, and so do I, but, yet, aku terfikir, apakah apa yang aku expect itu seiring dengan kemampuan aku? mampukah aku untuk masuk syurga? yes, aku mampu expect, aku mampu mimpi, but apakah aku mampu utk mendapat??

everything is possible, Batu (its me, stone), but how? macamana aku nak buat diri aku mmpu untuk menempah tiket masuk syurga, and of course lah takda siapa yang nak ke neraka i guess,

the answer is, buat apa yang Allah suruh tinggal yang Allah larang.. (boooo, what a cliche statement), memang, memang nampak cliche, tapi, dah ni yang betul, nak buat macamana??..kan ,..

by hook or by crook kita kena buat benda ni, untuk dapat yang kita expect, no pain no gain lah braderr...

to get something nice, we must do better...

dont judge a book by its cover PART 2

first impression, yes, thats what a normal thing happen when we meet somebody that we never know,
well, the thing is, kita boleh kenal seseorang only dengan tengok luaran dia macam mana, maybe ayat ni boleh disangkal dengan banyak hujah, but , benda ni bergantung kepada situation yang berlaku,

kalau kita nak buat kawan, memang kita tak perlu memilih luaran , tapi, itu tak bererti luaran tak penting, luaran sangat penting sebab, orang akan determine kita ni macamana according to luaran kita, so , by hook or by crook, we must have a good one..

bukanlah nak jadi hipokrit, memang ada jee orang yang akan cakap macamtu, and aku pun pernah berfikir macam tu, siapa suka hipokrit, bila kta berlakon kita rasa xselesa, TAPI, sampai bila kita nak stay dengan perangai bad behaviour kita kalau kita tak cuba latih diri kita dengan good one?

sometimes people always think that they dont wont to change because they dont wanna be hypocrites, tapi kalau macam tu, bila kita nak jadi baik kalau cubaan nak jadi baik tu dipanggil hipokrit, everything has its beginning, kalau tak ada permulaan takkan ada pengakhiran , dan its definitely not easy to start i mean to be good sebab we have enemy in our own self.. iaitu nafsu..

dont judge a book by its cover PART 1

ceh, sikit punya cliche tajuk aku bagi..lantak ah..there something stuck in my mind that i wanna spread..of courselah pasal dont judge a book punya title kat atas..

its sort of my point of view, people always say, kalau tak kenal jangan judge org tu, or jangan judge org dari sudut luaran, ok fine,

as for me, dalam friendship or socializing ethics, we shouldn't judge somebody by his/her outside...because ada satu perkataan yg aku pernah dengar masa kat sekolah dulu, first thing mesti ada dalam ukhuwah is "salamatussodri" which mean berlapang dada which more mean, bersangka baik and at the end it means, jangan bersangka buruk..umm, its quite true then, and its quite useful for me now and then,

yet, aku terfikir jugak, sometimes, kita memang bleh judge org tu dengan tengok luaran dia..umm, somehow, actually, apa yang kat dalam akan terbit kat luar, and ones behaviour, or we can say,  akhlaq seseorg merujuk kepada bagaimana keadaan hati dia, i dont think kalau org jahat hati dia, dia akan behave dengan baik, (well , kita kecualikan pelakon2, bcoz there re just acting),

aku bukan apa, aku dapat berfikir macam ni bila aku tengok balik that dont-judge-a-book-by -its-cover quote tu, and bila aku fikir balik, memanglah kita xleh judge buku tu by its cover tapi, kalau kitaa nak tahu roughly pasal buku tu, enough dengan tengok buku tu punya cover, i meaan title buku tu, and somehow , it makes sense if i use this parable with human life ..well, thats mean yang akhlaq kita or our behaviour, actually tell how our inside is.., kalau org tu serabut serabai, how come org nk cakap dia tu pembersih, kalau dah kuku panjang sedepa, jangan salahkan org bila orang ckap kita ni pengotor..

again

cuti start lagi, ini bermakna aku bebas dari belenggu buku yg tebal (credit to buku fizik serway vuille yg sampai satu kilo), yet, cuti ni xselama mana, 3 weeks ..'hanya'..terasa nak tulis sesuatu kat blog harini..
teringat kt blog yg terbiar seperti bangunan terbengkalai, so kita renovate sikit jd lebih oh dan sem..(osem la sangat)..nothing to say sangat just saja2..

Monday, January 7, 2013

cupcake choclate :baked:

assalamualaikum semuaaaaaa
 harini aku rasa gatal tgn nak menulis entry, bila kebosanan tahap jingga melanda, nilah kerjanya...

haha, back to the topic today, sebenarnya saja ja nk share experience aku buat kek cawan choc ni, eh bukan ke haritu dah buat ke??

oh, haritu, kek cawan kukus, this time kek cawan bakar, sebab aku tak pandai sangat nk buat kek bakar, pernah sekali aku buat , kek aku yg nk jdi coklat jadi hitam arang, hah ambik kau..tulah kali ni nk try sekali lagi nk buat kek cawan pulak..hehe, gatal tangan..

kronologi nya, haritu balik dari terengganu, umi singgah dekat kedai buku SMO nk beli alat2 tulis, quran n beberapa jenis buku  utk dia n adik aku , ahmad yg dah masuk foem one skrang neh...

sambil2 tunggu umi membeli aku pn cuci mata tengok majalah, tup tup ternampak majalah RASA, edisi bulan Januari yg paling latest punya, aku pn apa lagi, aku rembatlah buku tu..hehe chopp bukan rembat curi tau, belilah...

balik jer aku terus kaji mjlh tu, habis aku selongkar dalam dia, last2 yg menarik perhatian kau resepi kek cawan nilah...haaa, sebab tulah aku jadik gatal tiba2 nak baked kek cawan ni...

esoknya aku terus buat lah pagi2 hari lagi...hasilnya nilah dia



boleh tahan jugak lah tapi aku prefer kukus lagilah, walau pn leceh..







resepi dia aku bagitahu nantilah, kalau aku rajin nk buat entry hhehe...bila aku jadi gatal balik..


oklah..tatata..asslamualaikum..

Monday, December 31, 2012

SarangHae Bioo

Assalamualaikum, hye stalkers if any...haha

the second post for today...I havee no idea why  I am so eager to write entry today,

if u see the entry title, its about Biology, one of subject that compulsary for me to take it at UIA since I am Biological Science student and Inshaa Allah, Medic soon to be my course..amin

I learn Biology since I was form four..., actually i didn't love Biology that much when I was in school,

however, when I enter pre-u world, my perception at Biology changed at all, and I fall in love at this subject...this subject is not easy at all but Alhamdulillah I can cope with it..
for my  first final examination of semester 1
I got A in this lovely subject..Alhamdulillah


and here, I wanna credit a very much thank you to my dedicated Biology lecturer, Madam Nurul Hidayati that had teach me....thank you so much madam.,,,


well, I think that's all I wanna say for this entry, this picture I credit to BIOHOLIC person if any..hehe


thanks for everything..see yaa!!


Assalamuaalaikum...

     

Sunday, December 30, 2012

WHEN I GET BORING DURIng HoliDay

Assalamualaikum for my followers and readers if any, hahaha,

I don't think that my blog will be read by anyone, since this blog has zero speciality...huhu, but for me it does'nt matter, I did'nt create this blog to get famous, I just need to spill my idea when I get boring...so , that's mean, I am now boring...hehe

well, actually I am now on a very long holiday, very long, and that's why I feel damn boring right now....I dont now how to express this feeling.....

sometimes I feel like wanna scream, aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!, this moment make me crazy....

Astagfirullahal'azim, I should'nt say that...

as you can see this picture, I paint this by my own, oppsie!!, by my own ??, well, yep and nope...hehe
I use PAINT software to draw this, draw??, well actually its not really a drawing, i just draw this by using the original one, well its hard to explain how I make it, but , I think my draw is pretty nice, isn'it??

hahaha, what a joke, you praise yourself hajar!!!...

okay, enough is enough, I think that's all that I wanna say for this post...if you wanna now anything about me, just wait for the next post..

till then, see yaa!!!

Assalamualaikum!!

Tuesday, December 25, 2012

SAHABATKU KEMATIAN


‘Hajar!!’

Aku berpaling kearah suara yang memanggilku.  Lif yang ditunggu dari tadi tidak kunjung tiba. Memandangkan aku menetap di tingkat 9 , terpaksalah menunggu utk sampai ke sana.

‘Eh, Zai, dari mana ni?’, aku membalas panggilan ex classmate ku sewaktu Tingkatan 5 dahulu.  Kami  tidaklah terlalu rapat, namun disebabkan  kami dulu sekelas, kami selalu bertegur sapa bila bertemu.

Sebuah senyuman ku berikan kepada teman sebelahnya yang kutahu namanya  Najihah.

‘saya baru lepas hantar Lia balik ni , awak pulak dari mana?.’

‘saya dari kiosk, beli barang sikit’, ‘Eh, kenapa dgn Lia?, kenapa time2 macam ni pulak dia balik?’

Memandangkan hari ini hari selasa, semua pelajar tidak dibenarkan untuk keluar ke mana2 dari kawasan kampus melainkan mendapat keizinan. Lia balik , sebab tu aku pelik.

‘sebenarnya baru tadi Lia dapat call dri Kelantan, mak dia tenat sekarang ni’

‘Masha Allah, kenapa? Apa yg dah jadik?’

Aku terkejut. Lia jga merupakan ex classmate ku dulu. Masih kuingat aku selalu melihat ibunya menunggunya di tepi kelas bila kelas kami ada kelas tambahan. Pernah juga ibunya bertanya kepadaku dimana anaknya bila anaknya tiada di kelas. Dari situlah aku mengenali ibunya.

‘ saya pun tak pasti, tapi kalau tak silap mak dia sakit ulu hati,  agak teruklah sekarang, baru pukul 8 tadi  abang dia call’

‘habis tu Lia balik naik flight ke?’

‘eh, taklah, dia balik dengan  kereta sedara dia, tadi baru sedara dia mari ambil’

‘ sempatke sampai  malam ni?’

‘tak tahulah tu, inshaa allah sempat’

‘Inshaa Allah’
‘Ya Allah, panjang kan lah umur ibu Lia.’ Aku tidak dpt menjelaskan kenapa hatiku tiba2 berbisik doa itu.




“Assalam, korang, tolong doakan ibu Zalia, khabarnya sekarang tengah sakit tenat, doakan Lia selamat pulang sekarang..”  

Aku menghantar mesej tersebut ke beberapa kawan2 sekolah yang aku  ada nombor telefon mereka. Beberapa daripada mereka berada di kedah, ada juga yang berada di negeri Sembilan. Selepas mendapat keputusan SPM Mac lalu, kami membawa haluan masing2 ke IPTA2  di Malaysia, ada juga yang berada di luar Negara sekarang.

Pen biru ku aku pegang semula, hajat di hati hendak meneruskan tutorial Bio yang tinggal sedikit sahaja lagi belum disiapkan.

~Kearah satu perjalanan….~ lagu Hambamu nyanyian Mawi dan Akhill Hayy berbunyi..

Satu panggilan masuk, ternyata sahabatku yang kukenali .

“Assalamualaikum,  Jar!, kau dah tahu ke yang mak Lia dah takde?’

“ Waalaikumussalam, eh Hani, betulke? Mane kau tahu ni..aku jumpa dengan  zai tadi dia kate mak Lia tenat jer, belum mati lagi..sape yang cakap kat kau ni?”

“ Eh, aku tengok dekat fb lah, ada student ibu Lia yang ucap takziah, tadi petang ibu dia meninggal”

“oh ye ke, Ya Allah , inna lillahiwa inna ilaihiraji’un”

Tiba tiba aku rasa ada air bergenang di kelopak mataku, hatiku sebak. Suaraku bergetar.
Roommate ku Amalin yang dari tadi ssedang melayari internet memandang ke arahku.

“jar, aku terbayang keadaan Lia sekarang, macamana agaknya perasaan dia kan?, sebelum ni kan dia happy go lucky”

“a’ah, tulah Masyi, aku terfikir kalau benda ni jadi kat aku, na’uzubillah, tak sanggup aku nak fikir lah”
“Ok takpelah jar, thanks lah tadi kau infom kat aku pasal ibu Lia, aku rase Lia belum tahu yang ibu dia dah takde”

“ Sama-sama Masyi, tak apalah, aku nak tanya Zai keadaan Lia sekarang..bye”
Percakapan kami terhenti di situ.

“Ya Allah, sesungguhnya hidup dan mati kami terletak padaMu, panjangkanlah umur ibu ku Ya Allah”
Hatiku berdoa.





“Mati itu pasti, walau kita pergi ke mana mana ceruk dunia ni pun, mati kita takkan pernah boleh lari daripadanya”

Kata-kata  penceramah jemputan Talk yang berjudul “Mati pasti” itu terngiang-ngiang di telinga ku.
Talk itu dianjurkan oleh badan perwakilan pelajar di kampus ku.

Tiba-tiba ku rasa bahuku di tepuk.

“oit, jauh mengelamun, sampai kat mana dah?”

“ kau ni Raihan, agak agak lah nak tegur orang pun, sakit jantung aku tau”

“wei, kau dah tahu berita trbaru, kita  akan dapat lecturer Math  baru tau”

“ha! Kenapa? Sir izwan pergi mana?”  , Math merupakan subjek favourite sejak sekolah lagi, dan aku selalu pergi bertemu 4 mata dengan Sir Izwan untuk bertanyakan soalan.

“Oh, kau tak tahulagi ke? Sir kan sakit parah, dia accident semalam”

“what! Ya Allah, teruk ke?”
“teruk ke tak aku tak tahu, tapi aku dengar dia kat ICU sekarang ni”

“Innalillahiwainnailaihiraji’un,  kesiannya kat Sir, harap2 dia ok”


Aku mengelamun seketika sebelum memulakan ulangkaji  Math ku untuk kuiz esok.
Hatiku masih diselubungi sedih mendengar berita dari Madam Nailah, lecturer Mathku yang baru.
Sir izwan dah meninggal? Rasa macam baru tadi aku bercakap dengan dia. Tak percaya rasanya.  Berita ni buat aku hilang mood nak belajar malam ni.
“Ya Allah, cucurilah rahmat kepada roh Sir Izwan” hatiku berbisik.

                    





Beg laptop ku bimbit masuk ke ruang bacaan bahagian sister dalam library kampus ku.
Niatku  masuk library hari ni hanya satu, nak dapat internet, disamping  mencari bahan untuk assignment Biology ku dalam kesejukan air cond.
 Memandangkan hari ini hari minggu, bolehlah aku spend masa lebih sedikit.  Perkara ni selalu dilakukan oleh student kampus ku. Perkhidmatan wi fi dalam library ni memang bagus. Aku juga mengambil kesempatan untuk memeriksa akaun facebook ku yang dah lama tak dibuka kerana kesibukan diri yang melanda.

Ketika aku asyik online, mataku tertangkap satu post yang dishare oleh salah seorang friend fb .

PERINGATAN!!

TOLONG INGAT MATI SETIAP MASA..!

Firman Allah (yang bermaksud):

“Di mana sahaja kamu berada, kematian akan datang menemuimu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.”

(An-Nisa’: 78)

“Apabila telah sampai ajal seseorang, maka sesaat pun tidak dapat ditangguhkan, dan sesaat pun tidak dapat didahulukan.”

(Al-A’raf: 34)


Cukupkah bekalan kita hari ini dan hari2 sebelum ini??
Bertindak sebelum terlambat..Wallahualam..

Mati itu datangnya tiba – tiba. Hatiku bergetar.






Seusai aku menunaikan fardhu ‘isyak, aku termenung lagi. 

“Jar,  apesal aku tengok  kau asyik termenung jer dua tiga hari ni?”
Keperhatinan roommate ku Syakirah terserlah.

“A’ahlah, aku pun perasan jugak, kau monyok jer , ape pasal? PMS ke?”, Amalin mencelah pula.
“kau sedih sebab lecturer Math kau dah meninggal ke?, rileks lah, yang hidup pasti mati kan??”

Syakirah  mengagak. Aku masih lagi berdiam.

“ alaa, chill lah Jar, betul Syak cakap tu…tak payah lah sedih sangat” Amalin mencelah lagi.

“ Sebenarnya, aku tengah fikir ni, kenapa aku asyik dengar pasal orang mati jer sekarang ni?, mula mula mak Lia, lepas tu Sir Izwan, lepas tu aku terbaca dekat fb, pun pasal mati jugak.. pergi dengar talk pun pasal mati, tiba-tiba aku rasa macam mati tu dekat sangat dengan aku tau, kau orang tak rasa macam tu ke?”

Panjang jawapan ku berikan. Amalin dan Syakirah memandang dan mendengar jawapan ku itu.

“ Aku tiba-tiba fikir kalau Allah nak tarik nyawa aku, sekarang pun Dia boleh ambil kan?, dekatnya mati tu dengan aku..tulah yang buat aku sedih, aku rasa aku belum ready lagi nak mati”
Jawapan ku ku sambung.

“Kau buat aku takutlah Jar, aku pun belum ready lagi nak mati” Amalin memegang tanganku.

“kalau kau belum ready, aku lagilah, apasal kau cakap macam ni Jar?” Syakirah bertanya.

“ bila kita akan ready ek? Aku takut bila fikir pasal ni balik, Ya Allah, bila –bila masa jer  tuhan boleh tarik nyawa kita, ngeri nya bila bayangkan semua tu”

“ habis tu, apa kita nak buat? Jar, daripada kau bayangkan bila kau akan mati, baik kau fikirkan tentang persediaan untuk mati, “  

“ betul juga kau cakap Malin,  Jar, daripada kita cakap kita tak ready lagi nak mati, baik kita fikir macamana nak jadikan kita ready, kan?”

“ Aku setuju dengan korang cakap tu, thanks sebab sudi  dengar luahan hati aku. Okay, malam ni, sebelum tidur kita buat solat taubat sama2 ek!” 

Aku  bersemangat semula.
“Inshaa  allah..” serentak kami mengucapkan lafaz tersebut.


kini, baruku sedari selain aku punya sahabat lain selain sahabat sahabatku sekarang, iaitu kematian.