::: dudes :::

Monday, January 6, 2014

Ini ke yang nama Pavlova?

Assalamualaikum.

Entri kali ni adalah mengenai satu jenis makanan yang bernama pavlova.
Sebenar-benarnya aku tak kenal pun apakah Pavlova ini. "muka sedih"
Tapi, few weeks ago kembar aku telah membuat makanan ni di rumah dan dapatlah aku mengenal dan mencuba sikit rasa Pavlova yang disebut-sebut sekarang ni.

Ni dia hasil Pavlova Aghoh.

Sila abaikan kecomotan topping pavlova tu yee. Aghoh terlebih letak coklat Hershseys , biasalah first time kot dia buat benda ni.
Actually dia buat Pavlova ni utk Kak Long aku kat Johor, mamandangkan umi nak kirim sedikit barang kpd Kak Long katsepupu aku yang baru nak ke Johor kitorang decide lah nak bg sikitlah buah tangan kat dia. yelah, asyik hantar gambar makanan yg kitorg masak kat what'saap, kesian kakl long, dahlah preggie. Aghoh buat Pavlova, aku buat biskut famous amos.
Namun begitu,haha, disebabkan penggunaan whipping cream dlm pembuatan Pavlova ni, makanya tak jadilah nak kirim kat kak long. Biskut aku je yg selamat sampai.


Ini gambar Pavlova dalam oven. Nampak cantikkan struktur dia bila mengembang.
Aku yang tak pernah kenal Pavlova ni memang noob sangat.
Aghoh bakar dalam oven baru hadiah kahwin kak long haritu.Haha. 


Tengoklah tu isi Pavlova ni. Nampak sedap kan. Tapi mintak maaf lah sangat2 Aghoh, sebenarnya pavlova ni memang tak menepati citarasa anak tekak aku betullah. Rasa telur tu kuat sangat. 

Aku makan sikit je atas paksaan Aghoh and aku just nak try macamana sebenrnya rasa Pavlova ni. At least kalau orang cerita pasal Pavlova aku boleh menyampuk, ye dakk? hehe.

Kesian betullah kat Aghoh, sebab Pavlova dia memang tak berapa laku. Dia sorang je yang beria-ia makan.

And.

Malam tu kitorang ada tetamu, takdaklah tetamu sangat, ayah cik stu famili dtg ke rumah.  Ayah Cik ni ada ramai anak, 7 orang tau.  Umi aku panggil diorang 'mangsa banjir' sebab setiap kali umi diorang masak mesti makanan tu licin. Memang diorang selera tinggilah. 

Ayah cik ngan family memang langkah kanan lah malam tu sebab ahgoh keluarkan Pavlova dia yang tak laku tu kat diorang. Haha.
Of course lah semua licin di sapu.
Memang puas hati tengok diorang makan.

tengok penuh ruang tengok tv rumah aku dengan budak2 ni.


Ni Ayah cik dan Aisyah. Memang berselera diorang mencuba Pavlova ni.
Alhamdulillah lah, sebab tak membazir. Nasib baik diorang datang kalau tak tak tahulah siapa yang nak habiskan Pavlovaa tu.

Aku tak join Aghoh masa dia buat Pavlova ni sebab aku sibuk buat biskut aku. So, takdelah resepi pavlova ni ye.



Thank You for reading this entry. 

Saturday, January 4, 2014

Meh sini: Resepi Udang goreng Mentega kaw!!!


Udang goreng mentega atau Butter prawn.
Hari tu aku teringin sangat nak makan udang butter macam kat restoran New Horizon yg pernah aku makan dulu. Kat rumah memang dah ada resepi butter prawn ni yang kaklong aku print dri internet dulu. Tapi umi cakap kak long pernah buat butter prawn tapi kurang menjadi. So, aku carilah sendiri resepi dalam internet jugak. Aku terjumpa satu resepi butter prawn yg agak senang dan nampak sedap dari blog kak azie.
Ada jugak blog2 lain yang aku terjah utk cari resepi butter prawn ni, so aku compare kan setiap resepi and tengok persamaan, then aku decide nk ambik resepi kak azie tu utk melaksanakn misi aku.

Alhamdulillah, resepi kak azi tu menjadilah, walaupun tak lah sebijik macam restoran tapi berbaloi lah.
Ok, aku akan kongsi resepi Udang mentega yang diambil dari blog Kak Azie ni.

Bahan-bahan:

Utk sarang/floss telur:

2 biji kuning telur
 (aku guna 4 biji, nak lebih floss ,hehe)
1 senduk butter/majerin
1 cawan minyak masak

Cara-cara:

1) Pukul ringan kuning telur tu.

2) Panaskan butter bersama minyak masak. Semoleknya gunalah          senduk bulat.

3) Bila minyak dah betul-betul panas, pusing-pusingkan minyak tu        laju-laju membentuk satu bulatan. Pusing -pusingkan tanpa              henti.

4) Tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi-tinggi sikit supaya telur       yang jatuh tu haluu~s.

5) Jangan berhenti pusing minyak tu semasa menuang kuning telur. 

6) Teruskan memusing sampai habis kuning telur dituang. 

7) Pusing lagi telur tu sampailah telur masak dan berwarna                   keemasan (telur tadi akan jadi berbuih buih )

8) tapiskan telur yang dah masak tadi atas penapis santan utk               toskan minyak.


Utk udang:

12 ekor udang (kt rumah ada 12 ekor je, huhu)
sedikit garam
sedikit lada sulah
minyak utk menggoreng
3 ulas bawang putih dicincang (aku tumbuk dgn lesung)
6-8 cili padi (aku xletak sebab bekalan cili kat rumah dah habis)
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar (aku guna setengah cawan susu cair)
sedikit butter/majerin
sedikit serbuk lada putih-optional ( aku xletak)
garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Gaul udang dengan garam n lada sulah dan gorengkan.
     P/s: aku gaulkan udang tu dengan serbuk kunyit
2) Goreng udang tidak terlalu lama sebab nanti kulit udang tu jadi         keras. 
3) angkat udang bila masak dan toskan. minyak tadi keluarkan.

Cara-cara utk kuah:
1) panaskan kuali dgn butter 
2) tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai naik bau.
3) masukkan susu cair dan masakkan sekejap.
4) masukkan udang yg digoreng tadi
5) masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
    P/s: jangan masukkan garam banyak sgt sebab butter tu dah                    masin dah. Aku masukkan gula sikit nak kasi seimbang.
6) bila semua dah siap masukkan udang tadi dlm pinggan dan taburkan floss/sarang telur tadi.

Sedia utk dimakan.

Aku tak ambik gambar step by step buat udang ni sebab masa tu nak cepat. So, kalau nk tengok gambar step by step pergi kat blog Kak Azie ye.

Udang Butter yang aku buat ni dimakan oleh umi, aghoh , adik ahmad and aku. Diorang cakap sedap gilerr.Haha. Kembang kempis hidung ambe. 
Alhamdulillah, maknanya resepi ni boleh pakai lah lain kali.
Aku berhajat utk buat sekali lagi udang butter ni sebelum balik uia, tapi harga udang kebelakangan ni mahal sangat. 1 kilo boleh cecah RM33. Terima kasih jelah kalau mahal macam tu sekali.
Inshaallah kalau ada peluang ambe buak lagi.

selamat Mencuba yee..






cuti ke??

cuti oh cuti
3 bulan yg penuh bebas
bebas dari kuliah
bebas dari tutorial
bebas dari kuiz
Ya. Bebas
bulan terawal gembira. sengihnya sampai telinga.
bulan seterusnya.."boringnye.."
bulan terakhir .."cepatnya masa berlalu..."
drama korea ditonton berepisod-episod.
drama tv tak pernah ditinggalkan.
kata cuti..
laptop setiap hari terpasang.
alam maya setiap hari dilangkah
facebook , twitter, youtube
adik main  game kat facebook
si kakak pula tengok video kt youtube
tak sampai setengah bulan
habis sudah quota
wifi jadilah lambat lembab
sudahnya si kak salahkan si adik main game
si adik pulak salahkan si kakak  download video selalu
padahal sama2 tak sedar salah sendiri
=_=
setiap hari selalu brunch aja
breakfast+lunch, dah tu setiap hari jadi burung hantu.
malam celik, siang membuta
macamana tuu~