::: dudes :::

Monday, January 6, 2014

Ini ke yang nama Pavlova?

Assalamualaikum.

Entri kali ni adalah mengenai satu jenis makanan yang bernama pavlova.
Sebenar-benarnya aku tak kenal pun apakah Pavlova ini. "muka sedih"
Tapi, few weeks ago kembar aku telah membuat makanan ni di rumah dan dapatlah aku mengenal dan mencuba sikit rasa Pavlova yang disebut-sebut sekarang ni.

Ni dia hasil Pavlova Aghoh.

Sila abaikan kecomotan topping pavlova tu yee. Aghoh terlebih letak coklat Hershseys , biasalah first time kot dia buat benda ni.
Actually dia buat Pavlova ni utk Kak Long aku kat Johor, mamandangkan umi nak kirim sedikit barang kpd Kak Long katsepupu aku yang baru nak ke Johor kitorang decide lah nak bg sikitlah buah tangan kat dia. yelah, asyik hantar gambar makanan yg kitorg masak kat what'saap, kesian kakl long, dahlah preggie. Aghoh buat Pavlova, aku buat biskut famous amos.
Namun begitu,haha, disebabkan penggunaan whipping cream dlm pembuatan Pavlova ni, makanya tak jadilah nak kirim kat kak long. Biskut aku je yg selamat sampai.


Ini gambar Pavlova dalam oven. Nampak cantikkan struktur dia bila mengembang.
Aku yang tak pernah kenal Pavlova ni memang noob sangat.
Aghoh bakar dalam oven baru hadiah kahwin kak long haritu.Haha. 


Tengoklah tu isi Pavlova ni. Nampak sedap kan. Tapi mintak maaf lah sangat2 Aghoh, sebenarnya pavlova ni memang tak menepati citarasa anak tekak aku betullah. Rasa telur tu kuat sangat. 

Aku makan sikit je atas paksaan Aghoh and aku just nak try macamana sebenrnya rasa Pavlova ni. At least kalau orang cerita pasal Pavlova aku boleh menyampuk, ye dakk? hehe.

Kesian betullah kat Aghoh, sebab Pavlova dia memang tak berapa laku. Dia sorang je yang beria-ia makan.

And.

Malam tu kitorang ada tetamu, takdaklah tetamu sangat, ayah cik stu famili dtg ke rumah.  Ayah Cik ni ada ramai anak, 7 orang tau.  Umi aku panggil diorang 'mangsa banjir' sebab setiap kali umi diorang masak mesti makanan tu licin. Memang diorang selera tinggilah. 

Ayah cik ngan family memang langkah kanan lah malam tu sebab ahgoh keluarkan Pavlova dia yang tak laku tu kat diorang. Haha.
Of course lah semua licin di sapu.
Memang puas hati tengok diorang makan.

tengok penuh ruang tengok tv rumah aku dengan budak2 ni.


Ni Ayah cik dan Aisyah. Memang berselera diorang mencuba Pavlova ni.
Alhamdulillah lah, sebab tak membazir. Nasib baik diorang datang kalau tak tak tahulah siapa yang nak habiskan Pavlovaa tu.

Aku tak join Aghoh masa dia buat Pavlova ni sebab aku sibuk buat biskut aku. So, takdelah resepi pavlova ni ye.



Thank You for reading this entry. 

No comments: