::: dudes :::

Showing posts with label pengislahan. Show all posts
Showing posts with label pengislahan. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Situasi

Situasi I


:: Sebelum tidur ::


set alarm-5.30 a.m
daalam hati----> nak bangun QIAM

:: Selepas Tidur ::

Bangun!! umi cakap,
ayah dah azan
huh??
terlepas lagi..


###########


Situasi II

:: Sebelum Tidur ::

set alarm 5.30-5.45-6.00am
dalam hati----->kalau boleh nak Qiam..(xbersungguh)
bangun qiam nak? orang kat sebelah ajak
diam ..no respon

:: Selepas Tidur ::
ringtone Hambamu berbunyi--5.30am
tekan stop
orang sebelah bangun, mandi dan Qiam
tersedar
sambung mimpi
dalam hati---->malaslah
bangun!!!umi cakap,
ayah azan
huh??
menyesal
nafsu menguasai kemahuan mati

#########################




kehidupan berpaksikan nafsu, amat perit..kemahuan tetap mati di tangan nafsu..walaupun hanya nafsu utk tidur..bilakah akan tiba masnya dalam diriku, kemahuan mengatasi nafsu..
berkali kali kemahuan kutingkatkan, dan berkali kali itulah nafsu mengatasi kemahuanku..
diriku kini, hanya adaMU..RABBUL 'IZZATI, pencipta Agungku, pengurus hayatku, ku pinta hanya padaNYA..supaya kemahuan ku dipertingkatkan, dan mengatasi nafsu..

Amiin

Thursday, April 12, 2012

glossary----->Suhaib Webb

A

Adhan (أذان)

The call to prayer.

Ahadith (أحاديث) [sing. Hadith (حديث)]

The sayings and traditions of the Holy Prophet Muhammad (Peace be upon him).

Ahkam (أحكام)

Rulings and orders derived from the Qu’ran and Sunnah. Five kinds of orders: Wajib, Mustahab, Mubah, Makruh, and Haram.

Ahl al-Kitab (أهل الكتاب)

“People of the Scripture,” or followers of pre-Islamic monotheistic religions with some form of scripture believed to be of divine origin. It refers to Jews, Christians and Sabians.

Akhirah (آخرة)

Hereafter.

`Alayhi As-Salaam (عليه السلام)

“Peace be upon him.” This expression follows after naming a prophet (other than Muhammad), or one of the noble Angels (i.e. Jibreel (Gabriel), Mikaeel (Michael), etc.)

AlhamdulilLah (الحمد لله)

“Praise be to God!”

Allah (الله)

God; the only deity worthy of worship. It derives from the word “Ilah” which means “the One deserving all worship,” the One to whom all hearts submit in love, fear, reverence, trust and sincerity.

Allahu Akbar (الله أكبر)

“God is the Greatest.”

`Alim (عالِم) [pl. `Ulama’ (علماء)]

A scholar in any field of knowledge. In the context of Islamic Discussions, it has the connotation of a religious scholar.

Ansar (أنصار)

Literally means “helpers.” In Islamic history, the Ansar were the supporters of the Prophet Muhammad who welcomed the Muslims in Madina.

`Aqeedah (عقيدة)

The Islamic creed, or the six article of faith, which consists of the belief in God, Angels, Prophets, Scriptures, the Day of Judgment, and Destiny.

As-Salamu `Alaykum (السلام عليكم)

The Islamic greeting, which translates “Peace be upon you.” In addition, wa RaḥmatulLahi wa BarakatuHu (ورحمة الله وبركاته) means “and the Mercy of God and His blessing.” The response to this greeting is wa ‘Alaykum as-Salam wa RahmatulLahi wa BarakatuHu (و عليكم السلام ورحمة الله وبركاته), which means “And on you be the Peace and Mercy of God and His Blessing.”

AstaghfirAllah (أستغفر الله)

“I seek forgiveness from God.”

A`udhubilLah (أعوذ بالله)

“I seek refuge in God.”

Ayah (آية) [pl. Ayat(آيات)]

Literally means “a sign.” A verse of the Holy Quran

Saturday, April 7, 2012

--->Contengan yang memberi kesan<--





Assalamu'alaykum, dudes...
again, my second post for today....

hari ni, saya nak share video yang disebut oleh HLOVATE dalam novelnya Contengan Jalanan....


bagi yang dah baca novel tu....video ni yang Fend tengok mase di nak lipat pakaian dia,
n video ni diberi oleh Lia...kepadanya....

n bagi yang belum baca novel ni...saya syorkan baca, sebab bagi saya Hlovate dah buat novel yang simple dan sempoi tapi meresap masuk dalam hati....

n kat sini saya nak tulis sikit ape yang di sebut dalam video ni..n dimentionkan dalam Contengan...



******

There're moment in our lives, when reason fails. The worl rallies against us. It si at this moment that we discovered the most about ourselves. Those fleeting seconds, ifwe decided to change our lives. It is really sad however, that the man who decided to change his life on the twelfth hour dies on the eleventh. Until recently, my life seems to be residing towards the eleventh hour.....

******




oklah....macam ni...saya ada satu point of view...


maybe kita taklah seteruk Ahmad yang rock dlam video kat atas nie, Ahmad tu dia selalu tinggal solat, kaler rambut n what so ever

kita Alhamdulillah, tak pernah miss solat, tak buat benda2 haram...

tapi saya pernah terfikir, dah cukup ker amalan kita selama ni?



kita memang dah baik,
dah tutup aurat, solat tak pernah tinggal,
buat semua yang Allah suruh, tinggal semua yang Allah larang,
itu dah cukup baik kalau nak dibandingkan dengan yang kat luar sana yang sememangnya ade je yang lebih teruk,
TAPI..
adakah semua tu dah cukup?


dan melayakkan kita utk tempah tempat kat dalam syurga?


soalan yang sememangnya x perlukan jwpn,
but think about it..


Allah ada berkata yang hambanya yang masuk syurga tu,
ramai dikalangan umat terdahulu (dah semestinya bukan kita),
dan sikit sahaja dikalangan umat terkemudian( semestinya kita),


dan the question that always keep wondering in my mind...
'Adakah aku ni termasuk dalam golonga yg sedikit tu?'
skrg ni dah ramai ustz ustzh, ulama',hafiz hafizah,
yang kalau nak dikumpul memang agak ramai,


logik ar kalau mereka tergolong dalam golongan yang sedikit tue..
tapi kalau macam tu ...aku?


masih ade ruangkah utk aku utk tergolong dalam golongan tu...
MasyaAllah..Astagfirullah...
sungguh anjakan paradigma dalam diri betul2 perlu dilancarkan...


sebab xde orang yang nak masuk neraka , right?
tapi kita hanya ade 2 choices..nak masuk neraka atau syurga?
and neraka sudah tentu dah direjected dalam list tu...
So, kita hanya ade satu choice, MAsuk Syurga,



we really need to change...not tomorrow, not lepas nilah, not nantilah, but
Now, sebab mati tu memang x tunggu kita...


kalau dia nak datang skrg ni pun mase bace post ni dia bleh je mari tarik nyawa kita, right?

So, It's time for us to change sebelum kita terlambat..
mulakan dengan niat dan kehendak..dan usaha
InsyaAllah..



Better late than never right?,

n saya nak share kata2 Ahmad kat budak yang dia jumpa mula2 citer tu....tapi kata2 ni dia cakap kat budak tu akhir citer....


******

You still got a lot of life ahead of you , man. Don't waste it oing the wrong things. And what's worse is ended up doing the wrong thing.


******



Andai kita tahu bila kita nak mati..
Andai kita tahu bila kita nak mati....
Andai kita tahu bila kita nak mati.........
of course kita xkan berani nak buat benda2 yang useless yang sia-sia,
of course kita akan berlumba2 buat amal ibadat untuk buat saham kat akhirat...
ya , betul tu.. TAPI..
tahukah kita bila kita nak mati?
jawapan yang semua org dah tahu..
SO..
tunggu ape lagi..


Bila mati dah menghimpit kita,
kita semestinya xde tempat nak lari...
xde tempat nak sembunyi...
larilah,sembunyilah kat ceruk mane pon, kalu dah memang tu dah dkatakan
masa sudah sampai...memang sudah...
kita hanya boleh menanti di barzakh....
menunggu hari kebangkitan for the hereafter...
hari penentuan kita...
syurga or neraka?
Jannah Au Naar?
Heaven or hell?
no one knows...ONLY HIM.

***




Till then, dudes...

hope you guys can heed it...

sorry a lot if i've been too emotional...


Assalamu'alaykum


Aurat oh aurat


One fine day,

I saw a girl

With navy b

lue scarf

On her head

She was smiling

Her face like angel

SubhanaAllah

Oo Lord, how beautiful

She was

However,

When my eyes went down

I saw her feets

She did not cover her feet

Oo Lord,

Please do open her heart

So that, she woul

Cover her aurat

Completely..

***********



Assalamu'alaykum, well dudes, hari ni, saya rasa macam nak share poemlahh, erk...poem ker? jadi ke tak poem kat atas ni, koranglah yang nilai,


Frankly, saya memang selalu mengalami all these things...huh..what?


well, jalan2 window shopping ker, pergi rumah orang kahwin ker,n bertemu dengan wanita2 yang perggggh...lawa...cantik...SubhanAllah, x bisa kugambarkan...sedangkan saya yang wanita ni pun rasa dia cantik, apatah lagi pemuda teruna mahupun duda ,


ada sesetengah yang saya jumpa, Alhamdulillah, pakai baju kurung, tudung dah labuh, tapi...opsss,

bila saya pandang dri atas kebawah,



saya memang selalu akan frust...sebab, kebanyakan yang saya jumpa, diorang tak tutup kaki diorang...


well dudes, for all muslimah kat luar sana, marka2 kat luar sana, aurat perempuan ialah seluruh tubuh kacawali.....dua tapak tangan dan muka...


n Of course, kaki itu, mesti ditutup...tak kira pakai stoking ke, sarung kaki ker, plastik ker....

n what so ever...asalkan...x nampak....


InshaAllah, kita dapat lakukan suruhanNya itu, iaitu TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA...



saya ambil doodle kat atas ni, kat blog Dr Cinta......

saja nak share dengan all my dudes....


Dan saya syorkan korang bukak lah blog Dr Cinta. dia ada buat artikel pasal ni....


klik kat sini-------------------------> *@__@*



ok lah,sampai di sini saje, coretan saya .....

Assalamu'alaykum All my dudes!!!!!!!!


Monday, March 26, 2012

Beauty lies in the eye of the beholder

My word of advice: Don't Judge YOURSELF Through the EYES of OTHERS.

Many people fail to understand how cruel words can force someone to change. It's not about the truth hurting, it's about your opinion hurting. Beauty lies in the eye of the beholder. Not everyone has the same point of view on someone, and your point of view doesn't make your opinion the truth.

I've been told I have eyes that loo
k sick; So I put make up on. I've been told not to smile because my teeth wasn't perfect; So I got braces. I've been told my skin was too dark and ugly; So I avoided the sun. I've been told to have a hideous laugh; So I stopped laughing in front of them. I've been told I'm not funny; So I stopped joking. I've been told I was getting fat; So i starved myself. I've been told I'm getting too skinny; So I ate more than I could take. I've been told that I don't have a curvacious body; So I started to wear tight clothing and ate fattening food. I've been told I have no talent; So I danced away in public, inappropriately, and degraded myself. I've been told that I'm too short; I would stretch all day, but was never satisfied with myself.
But once I just took a second to listen to God. He told me to cover myself; you are bold and beautiful just the way I have created you. There is no need to impress anyone but Me. Then, only then, was I happy to be the way I am.

The society and people hurt and changed me so I can please them. But when I listen to God; my action upon my religion caused me to change others and the definition of beauty. Today, I finally know who I am because of God. I've finally figured myself out.

But this still does not make me pure. So don't call me flawless, because I know I'm still not perfect. -Monika



===============================================================

when I read this article, I agree with it damn much...we must be ourselve,....we don't have to force ourselves to impress others...but force ourselves to impress our creator, which is our God, ALLAH


Allah,
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there's hearts all over the world tonight

What can I do?
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there's hearts all over the world tonight

Wish I was smarter, when I was younger.
Found something better - made me a winner and,
I'm so glad to be Yours!
It's my life that you own.


I start my journey when You forgive me
I swear my whole world stops.
You are in my heart and, I'm so glad that its fine
You are One truly kind...

You lighten me!
(I) Feel it, through and through, and
For sure ya Rabbee, there ain't nothing You can't do!
Because if I got You,
I don't need money!
I don't need cars!
Lord, you're my all!

And...Oh!
I'm into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..
And now I know I can't be the only one,
I bet there's hearts all over the world tonight,
with the Love of their life who feel...what I feel when I'm

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!

I don't want nobody else
Without You there's no one left and,
the Master of judgment day,
I got to have Your love and I cannot do without,

If I got You,
I don't need money!
I don't need cars!
Lord, you're my all!

Oh!
I'm into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!

And I will never try to deny,
That You are my life,

Because if You ever let me go I would die!

So, I won't front!
I don't need another mission,
I just need you as my vision!
If I got You, I'll be straight,
Rabbee I need you every day!

I need Allah...
And the hearts all over the world tonight,
I said there's hearts all over the world tonight
What can I do?

I need Allah...
And the hearts all over the world tonight,
I said there's hearts all over the world tonight

Rab ighfirly
Fantal kareemuu!

Wa3fu ya rabbee
Fantar raheemuu!

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!


Raef - With You (Chris Brown Cover)




Sunday, March 18, 2012

Permata yang bernama ILMU

Entry kali ni, saya rasa macam nak bermadah pujangga sikit, bukan buang tabiat ek , by the way, I made this poem last year when I am in Form 5..tapi anda sdiri nilai..

Mega merah di ufuk senja
mula merendahkan sayap
sang helang mula pulang ke istana kehidupan
Namun
aku masih disini
terkapai-kapai dalam lautan mimpi
mencari-cari akan secebis permata
yang tidak ternilai
TIDAK!!
ini bukanlah mimpi,angan-angan mahupun fantasi
pencarian ini meskipun hingga hujung nyawa
akan tetap kuteruskan
akan kupetik kejora kejayaan
di langit
melalui permata ini
akan kujejak menara kegemilangan
dengan pencarian ini
Yaa..benar
aku mesti mencari
dan terus mencari
tiada putus asa
tiada kecewa
demi permata berharga
yang bernama
ILMU!!


nukilan si melor yang berbunga




sajak ni saya reka semasa saya boring..atau lebih dikatakan apabila perasaan jemu untuk belajar menerjah..untuk mencungkil bakat saya, saya cuba mencipta sajak ini
semoga sajak ini boleh dijadikan pedoman setiap yang membacanya..
InsyaAllah..
















Monday, March 5, 2012

Allah, ku Tak Mahu Hilang Ni'mat mu..

Seorang lelaki telah datang menemui Hasan al-Basri dan berkata: Sesungguhnya aku telah melakukan maksiat kepada Allah dan aku telah banyak melakukan dosa. Tetapi Allah masih mengurniakan dan membuka kepadaku nikmat dunia dan aku merasakan tidak halangan untuk melakukan apa saja.

Maka bertanyalah Hasan al-Basri: adakah kamu melakukan Qiamullail?
lelaki menjawab: tidak

Hasan al-Basri menjawab: Cukuplah Allah menghalang kamu dari melakukan qiamullail

terhalang melakukan kebaikan juga adalah kehilangan nikmat.
************
Verily, walaupun Allah bagi kita ni'mat2 Nya yang tak terhingga even kita buat something yang Dia taksuka, still ade ni'mat yang DIA ambik dan tak bagi kat kite, NI'MAT BERIBADAT...bila hati kita dah ditutup dengan segala macam kelalaian, kita akan tidak merasakan JELIRA (bahasa kelate) or PASSION nak beribadat, thats the sign we have HARD HEART..bila hati keras NA'uzubillah..

memang bukan senang nak bangun QIAM..saye selalu miss , stakat ni, but bila hati dah ingin INSYAALLAH..BOLEH..xsemestinya solat jew, kalau dah terjaga tapi xlarat nak bangun solat, berzikir sikit punye banyak n then sambung tidur..INSYAALLAH, Allah selalu tengok ape hamba dia buat..lama2 boleh..

Wednesday, February 15, 2012

*~Aku & Fb (Syria..Apa yang berlaku sebenarnya???)~*

Bismillahirrahmanirrahimm

Entry saya kali ini ialah tentang negara yang sedang bergolak sekarang ni..Syria..Oklah..semalam saya ada melawat group KeARAh dan terjumpa satu post yang menceritakan dengan agak detail mengenai perkara yang actually berlaku dekat saudara kita kat Syria...sebelum berjumpa dengan post ni saya ada terfikir nak tanya sesiapa yang labih arif serta banyak pengetahuan tentang isu macam ni, saya tak tahu kenapa hati saya rasa teruja nak tahu perkara sebenar...sememangnya Syria diuji dengan begitu hebat sekarang, MasyaAllah..Oleh itu, saya rasa nak share melalui blog tercinta ni tentang the truth abaout Syria..

*****************************************

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria

-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan

-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;

"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Jzkk AKH Abu Abdullah)

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)


This is what happens to the mouth of a person who says the word “Freedom” in Syria. O ALLAH please do help our brothers and sisters there..ameen


*****************************************

MasyaAllah!! Sesungguhnya saudara-saudara kita disana amat memerlukan kita , mereka berjuang mati-matian untuk menegakkan Islam...

bila saya baca artikel ini, perasaan gerun menyelinap masuk ke dalam hati saya, saya mula terfikir:

"mampukah aku untuk melawan seperti mereka lakukan itu?"

saya rasa sangat bersalah kerana ketika saudara-saudara saya bermati-matian menegakkan Islam, saya bersenang-lenang di rumah, berehat-rehat, tengok tv dan online..

namun, saya tak mampu untuk turut mengangkat senjata kerana saya bukanlah sesiapa hanya seorang yang lemah..

tapi , apabila difikirkan masih ada yang saya boleh lakukan untuk saudara2 di sana iaitu..menDOAkan mereka..

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah, aku tidak mampu menolong saudara2ku di Syria melainkan dengan hanya menitipkan d'oa buat mereka, Ya Allah kau hancurkanlah Rejim Basyar, berikanlah khabar gembira buat mereka di Syria , yaAllah..Aaminn..



Semoga Allah menyelamatkan saudara2 kita di sana , InsyaAllah

And say: The truth has come and the falsehood has vanished; surely falsehood is a vanishing (thing).

~AlIsraa:081