::: dudes :::

Tuesday, December 17, 2013

Resepi Karipap Rapuh Sangatt

Assalamualaikum warah matullah ..semuaa. Hari ni aku ada something special nak share tau. Haa.
Well. memandangkan aku cuti sekarang, dan aku sangat boring di rumah, jadi aku telah mencuba beberapa resepi yang aku jumpa dalam buku2 resepi yang ada kat rumah. Hasilnya sangat memberansangkan .haha.
 mak aihh...kenape sampai comot2 buku ni, dahlah takdak cover. adoyaiii.

Haaaaa! inilah buku resepi yang aku guna utk buat karipap yang aku mention kat title entry ni..haha. jangan terkejot sebab aku pon terkejut. inilah orang kata 
"Don't judge a book by its cover" , walaupun buku aku ni takdak cover.
Mula2 aku pun heran, macamana buku bughuk ni boleh sesat dalam rumah aku.haha.
aku try tanya umi , and umi sendiri cakap dia pun tak thu. haha. Tapi umi ada cakap yang buku ni adalah buku Kemahiran Hidup masa zaman dulu2.
No wonder lah..kalau korang baca buku ni, memang dapat jadi suri rumah terbaikk punya.. resepi apa dia tak ada, dari cara buat air teh dan cara nak masak nasik, sampailah cara nak buat ikan masak masam manis. semua step tu memang terbaikk lah. sebab tulah karipap yang aku buat tu menjadi.


Ok. Back to the main point. Cara nak buat Karipap yang lazat lagi enak.

Resepi Pastri Rapuh (resepi asas)
Bahan2:

120gm tepung gandum
1/4 camt. garam ( hujung sudu je)
45gm majerin beku
3-4 air sejuk.

Cara2:

  1. Ayak tepung dan garam masuk dlm mangkuk.
  2. masukkan majerin.
  3. potong majerin kecik2 ngan pisau
  4. gaul dan ramas majerin dan tepung dengan hujung jari sampai jadi macam serbuk roti
  5. masukkan 2 sudu air sejuk. kacaukan campuran.
  6. masukkan air 1 sudu demi 1  sampai doh jadi lembut dan tak melekat kat tangan.
  7. doh anda telah pun siap.

Persediaan inti:

Bahan2:

1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji kentang (potong dadu)
daging kisar ( sukatan ikut suka hati)
2 ulas bawang merah. (hiriskan)
2 helai daun kari (potong kecik2)
2 sudu serbuk kari (bancuhkan dengan 2/3 sudu air atau santan)

cara2;

  1. goreng bawang merah sampai keemasan. keluarkan.
  2. masukkan dalam kuali tadi daun kari. goreng sampai bau wangi.
  3. masukkan bancuhan serbuk kari.
  4. tumis sampai naik minyak n bau wangi.
  5. masukkan daging dan kacau rata samapi masak.
  6. masukkan bawang besar, kentang.
  7. kacau rata.
  8. masukkan garam sikit, gula sikit, ajinomoto sikit.
  9. rasa ...
  10. kalau dah sedap tutup api.kalau tak, perasakan lagi smpai kena dengan lidah kita.
  11. lepas siap inti tu. biar inti sejuk.
  12. gaulkan dengan bawang merag goreng tadi.
  13. inti anda siapp.
doh pastri yang telah siap tadi, canaikan ia dengan penggelek.
potong pastri  bulat2 dengan penerap. aku takdak penerap... so aku guna muncung gelas.. pastikan bersih yaaa.

masukkan inti atas sebahagian pastri bulat tersebut. tutup inti dan tekan hujungya utk ,eratakannya.
kelimkan bahagian tepinya.

goreng dengan api sederhana.

Siap utk dihidang!!!!



No comments: