::: dudes :::

Tuesday, January 31, 2012

~Belajar dari Rubix Cube~





Hidup ni macam rubix cube, perlukan cara utk jadikan satu cube yang sama warna disetiap sisi, xleh guna cara yang salah, kalau x akan terhasil satu cube yang siap...




kita juga macam tu..utk jadikan hidup kita ni siap sempurna dan syumul dgan ajaran Islam..(INSYAALLAH) kita kena guna cara yang betul, ikut ISLAM yang sebenar, sebagai WAY OF LIFE....baru hidup kita sempurna dan cantik seperti sebuah rubix cube yang cantik bila dah siap.

p/s : hiduplah kita dengan acuan Allah (sibghatallah) yang mana merupakan sebenar 2 acuan..

Siapa2 yang nak tahu cara nak main Rubix Cube ni..boleh belajar dgan saye..atau buka

Youtube..



Monday, January 30, 2012

~KISAH AMEENA~

`ASSALAMUALAIKUM, PERHATIAN KEPADA SEMUA EXCO ASRAMA, SILA KE BILIK MESYUARAT EXCO PADA PUKUL 10.45 MALAM, ULANG SUARA PERHATIAN KEPADA SEMUA EXCO ASRAMA SILA KE BILIK MESYUARAT EXCO PADA PUKUL 10.45 MALAM, KEHADIRAN ANDA ADALAH DIWAJIBKAN, TERIMA KASIH'

Suara AJK yang bertugas membuat pengumuman itu bergema disetiap ruang speaker yang terdapat pada bangunan sekolah.

`Huh, meeting lagi? ape lagila yang nak dibincangkan, semalam dah meeting, malam ni ade pulak..adooi...stay up lagi la aku malam ni..'

Ameena mengeluh apabila pengumuman itu sampai ke gegendang telinganya, terhenti sebentar kerja sekolah Addmath yang sedang disiapkannya itu. Ameena merupakan salah seorang barisan Exco yang memimpin asrama yang dihuni lebih kurang 400 org penghuni. Ameena memegang jawatan sebagai Exco Kesihatan, mana2 pelajar yang sakit akan terus berjumpa dengannya utk minta ubat, kadang2 dia jugak kene jadi tukang urut.

Sesi persekolahan bagi sesi 2012 baru sahaja bermula tak sampai sebulan, Ameena memegang jawatan ini juga tak sampai sebulan, mungkin sebab itulah dia tak biasa dengan perjumpaan yang diadakan.

` Relaxlah , Min, kau jangan lah mengeluh sampai macam tu, aku tengok Diyana , xmacam tupun, dia tu dahla jadi Exco Disiplin, Ketua pengawas pulak tu..lagipun baru berapa minggu kau jadi Exco, xkan tu pun dah letih...'

Hanani, kawan baik Min yang berada disebelah nya mengutarakan pendapat, dia x berapa setuju dengan gelagat sahabatnya yang mengeluh tadi.

` Diyana tu xpela, dia dah jadi Exco sejak tahun lepas lagi, mesti dia dah biase, aku ni, xsampai sebulan tau, mane lar aku nak tahan, dahla otak aku ni x bergeliga macam si Diyana tu...'

Ameena membela dirinya.

` Ok..dah dah.. xpayah kita nak cakap pasal hal ni lagi ,ok...meh kita sambung buat addmath ni, esok ade mase Teacher Maimun tau, mampusla aku kalau xsiap, dahla tadi kena sound kat dia sebab tertidur dalam kelas..'

Ameena cuba menghentikan omong yang dirasakan kosong itu.

`Ok..Min, kau dah buat soalan nombor 5?..aku xfaham la..', Hanani bertanya sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

` oo..yang tu ke................' Ameena terus membantu sahabatnya itu, semeangnya subjek Addmath ni menjadi kegemarannya sejak dia memasuki Tingkatan 4 lagi..namun kebanyakan pelajar merasakan addmath ni killersubject..

**************************************************************

` Farah, malam ni Kak.Dah nak cakap pasal ape pulak?', Ameena bertanya kepada Exco Kebajikan, Farah Adlina.

`Entah, aku pun tak tahu..Jom masuk bilik mesyuarat, kita dah lambat ni..'

`Assalamualaikum semua' Farah dan Ameena memberi salam dan terus melangkah masuk kedalam bilik mesyuarat Exco itu.

Kelihatan seperti semua barisan exco yang lain sudah mengambil tempat duduk masing2, hanya Farah dan Ameena sahaja yang measih belum mengambil tempat mereka.

` Maaflah korang, aku ngan Farah tunggu budak sakit tadi..', Ameena meminta maaf atas keterlambatannya, mereka berdua telah lambat selama 15 minit..sakarang jam menunjukkan pukul 11 malam.

`Takpe..kitorang faham, budak mane sakit?' Kak Dah selaku Ketua Asrama yang merupakan pelajar tingkatan Enam Atas membalas.

` Budak Form One, homesick sampai demam, dah bagi ubat, lepas tu hantar sampai kat dorm..'


BERSAMBUNG........

Sunday, January 29, 2012

~ Familyku..Jantungku..~

tiada yang lebih membahagiakan selan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia




hati berbunga-bunga bila bersama mereka..






ucapan ini sahajalah yang mampu kukatakan utk mereka









































Wednesday, January 18, 2012

pujian demi pujian untuk siapa?



sudah 3 malam yang x berturut, ayah telah adakan ceramah tertutup dirumah..xdeah..ayah buat pembacaan kitab depan anak2 dia dua tiga harini, kitab itu bertajuk Miftahul Jannah..A.K.A anak kunci syurga...aja just nak share pujian yang wujud di alam ini ada empat..












1) pujian Qadim kpd Qadim~ pujian Allah kpd diriNya,
2) pujian Qadim kpd Hadith~ pujian Allah kpd makhluknya, cth: Allah memuji Rasul2nya dan memuji org2 mu'min
3) pujian Hadith kpd Qadim ~ kita puji Allah cth: Alhamdulillah
4) pujian Hadith kpd Hadith ~ pujian manusia kpd manusia yg lain..














oleh itu..banyakkan pujian kepada Allah , rabb dan ilah yang telah kurniakan kita dgn ni'mat yang tak terkira...especially ni'mat iman...subhanallah...banyakkan juga pujian kpd Rasulullah S.a.w , penghulu nabi2 yang sentiasa mengingati ummat2nya iaitu kita meskipun sebelum menghembus nafasnya yang terakhir.. berdoalah semoga dikurniakan syafa'at daripada baginda di negeri akhirat kelak..insyaAllah..Aaminn..









Monday, January 16, 2012

bermulanya episod seorang graduan SPM..

bismillahirrahmanirrahim....pd waktu aja menulis post nie...rumah aja dihuni oleh kak long kak ngah yang pulang bercuti...ya allah.. hambamu ini rindu suasana di JDK yang amat terkesan dalam hati ini...insyaAllah dapat bertemu lagi dgn sahabat seperti di sana...teringat hadith..Rasulullah..ade 7 golongan yang pasti masuk syurga..dan salah satunya dua org sahabat yang bertemu dan berpisah kerana allah..

Saturday, January 14, 2012

permulaan setelah pengakhiran..

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah...thummalhamdulillah.... pertama dan selamanya Hajar rafatkan syukur yang tidak terhingga kpd Allah sebab Dia bagi peluang sekali lagi utk Hajar melihat dunia...dan bernafas harini..harini...Aja bangun dengan perasaan yang sama sekali berbeza dari semalam....kalu semalam ..Aja masih berada kat ILIM....Besut...dan masih bergelar peserta JDK...tapi harini....aja daa jadi Aja yang dulu graduan SPM....dah xde bunyi siren utk kejutkan bangun solat subuh..suara kemkom...suara Su'aidah dan nabilah( rakan sebilik) yang mengejutkan aja dari lena.. tapi umi pulak yang mengejutkan Aja harini...MasyaAllah...begitu pantas sekali masa berlalu....22hari berada di JDK teraser bagai baru 2 hari....kawan2 n kak2 fc kat sane...hum...rindu pulak kat mereka walaupun baru semalam berpisah... ukhwah yang dibina ats dasar kasih sayang kerana Allah pasti tidak akan aja lupakan...InsyaAllah..selagi hayat dikandung badan....Aja xkan lupa Kak Syu...Timb. kem kom yang betol2 dedikasi dan penyayang ...walauxsampai 22hari pon kita berukhwah namun...hanya Allah yg tahu betapa kumenyayangimu Kak Syuwaida Nasuha...moga2 Allah akn temukan kita di syurga kelak...amin...buat Pakcik Jamil...time kasih ats komitmen pakcik sbgai pengurus JDK zon timur...pak cik memang pengurus terbaek...sebenarnya Aja ade banyak yang diceriterakan tentang kisah2 Aja di JDK ni...InsyaAllah dilaen siaran kita bertemu lagi...JDK TERBAEK!!!berakhirnya JDK merupakan permulaan bagi diari Hajar...bagi tahun 2012 ini dan seterusnya Insyaallah...smoga Aja dpt jadi Nisa' yang benar2 MUMTAZ!!!