::: dudes :::

Monday, January 30, 2012

~KISAH AMEENA~

`ASSALAMUALAIKUM, PERHATIAN KEPADA SEMUA EXCO ASRAMA, SILA KE BILIK MESYUARAT EXCO PADA PUKUL 10.45 MALAM, ULANG SUARA PERHATIAN KEPADA SEMUA EXCO ASRAMA SILA KE BILIK MESYUARAT EXCO PADA PUKUL 10.45 MALAM, KEHADIRAN ANDA ADALAH DIWAJIBKAN, TERIMA KASIH'

Suara AJK yang bertugas membuat pengumuman itu bergema disetiap ruang speaker yang terdapat pada bangunan sekolah.

`Huh, meeting lagi? ape lagila yang nak dibincangkan, semalam dah meeting, malam ni ade pulak..adooi...stay up lagi la aku malam ni..'

Ameena mengeluh apabila pengumuman itu sampai ke gegendang telinganya, terhenti sebentar kerja sekolah Addmath yang sedang disiapkannya itu. Ameena merupakan salah seorang barisan Exco yang memimpin asrama yang dihuni lebih kurang 400 org penghuni. Ameena memegang jawatan sebagai Exco Kesihatan, mana2 pelajar yang sakit akan terus berjumpa dengannya utk minta ubat, kadang2 dia jugak kene jadi tukang urut.

Sesi persekolahan bagi sesi 2012 baru sahaja bermula tak sampai sebulan, Ameena memegang jawatan ini juga tak sampai sebulan, mungkin sebab itulah dia tak biasa dengan perjumpaan yang diadakan.

` Relaxlah , Min, kau jangan lah mengeluh sampai macam tu, aku tengok Diyana , xmacam tupun, dia tu dahla jadi Exco Disiplin, Ketua pengawas pulak tu..lagipun baru berapa minggu kau jadi Exco, xkan tu pun dah letih...'

Hanani, kawan baik Min yang berada disebelah nya mengutarakan pendapat, dia x berapa setuju dengan gelagat sahabatnya yang mengeluh tadi.

` Diyana tu xpela, dia dah jadi Exco sejak tahun lepas lagi, mesti dia dah biase, aku ni, xsampai sebulan tau, mane lar aku nak tahan, dahla otak aku ni x bergeliga macam si Diyana tu...'

Ameena membela dirinya.

` Ok..dah dah.. xpayah kita nak cakap pasal hal ni lagi ,ok...meh kita sambung buat addmath ni, esok ade mase Teacher Maimun tau, mampusla aku kalau xsiap, dahla tadi kena sound kat dia sebab tertidur dalam kelas..'

Ameena cuba menghentikan omong yang dirasakan kosong itu.

`Ok..Min, kau dah buat soalan nombor 5?..aku xfaham la..', Hanani bertanya sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

` oo..yang tu ke................' Ameena terus membantu sahabatnya itu, semeangnya subjek Addmath ni menjadi kegemarannya sejak dia memasuki Tingkatan 4 lagi..namun kebanyakan pelajar merasakan addmath ni killersubject..

**************************************************************

` Farah, malam ni Kak.Dah nak cakap pasal ape pulak?', Ameena bertanya kepada Exco Kebajikan, Farah Adlina.

`Entah, aku pun tak tahu..Jom masuk bilik mesyuarat, kita dah lambat ni..'

`Assalamualaikum semua' Farah dan Ameena memberi salam dan terus melangkah masuk kedalam bilik mesyuarat Exco itu.

Kelihatan seperti semua barisan exco yang lain sudah mengambil tempat duduk masing2, hanya Farah dan Ameena sahaja yang measih belum mengambil tempat mereka.

` Maaflah korang, aku ngan Farah tunggu budak sakit tadi..', Ameena meminta maaf atas keterlambatannya, mereka berdua telah lambat selama 15 minit..sakarang jam menunjukkan pukul 11 malam.

`Takpe..kitorang faham, budak mane sakit?' Kak Dah selaku Ketua Asrama yang merupakan pelajar tingkatan Enam Atas membalas.

` Budak Form One, homesick sampai demam, dah bagi ubat, lepas tu hantar sampai kat dorm..'


BERSAMBUNG........