::: dudes :::

Tuesday, December 17, 2013

Resepi Karipap Rapuh Sangatt

Assalamualaikum warah matullah ..semuaa. Hari ni aku ada something special nak share tau. Haa.
Well. memandangkan aku cuti sekarang, dan aku sangat boring di rumah, jadi aku telah mencuba beberapa resepi yang aku jumpa dalam buku2 resepi yang ada kat rumah. Hasilnya sangat memberansangkan .haha.
 mak aihh...kenape sampai comot2 buku ni, dahlah takdak cover. adoyaiii.

Haaaaa! inilah buku resepi yang aku guna utk buat karipap yang aku mention kat title entry ni..haha. jangan terkejot sebab aku pon terkejut. inilah orang kata 
"Don't judge a book by its cover" , walaupun buku aku ni takdak cover.
Mula2 aku pun heran, macamana buku bughuk ni boleh sesat dalam rumah aku.haha.
aku try tanya umi , and umi sendiri cakap dia pun tak thu. haha. Tapi umi ada cakap yang buku ni adalah buku Kemahiran Hidup masa zaman dulu2.
No wonder lah..kalau korang baca buku ni, memang dapat jadi suri rumah terbaikk punya.. resepi apa dia tak ada, dari cara buat air teh dan cara nak masak nasik, sampailah cara nak buat ikan masak masam manis. semua step tu memang terbaikk lah. sebab tulah karipap yang aku buat tu menjadi.


Ok. Back to the main point. Cara nak buat Karipap yang lazat lagi enak.

Resepi Pastri Rapuh (resepi asas)
Bahan2:

120gm tepung gandum
1/4 camt. garam ( hujung sudu je)
45gm majerin beku
3-4 air sejuk.

Cara2:

  1. Ayak tepung dan garam masuk dlm mangkuk.
  2. masukkan majerin.
  3. potong majerin kecik2 ngan pisau
  4. gaul dan ramas majerin dan tepung dengan hujung jari sampai jadi macam serbuk roti
  5. masukkan 2 sudu air sejuk. kacaukan campuran.
  6. masukkan air 1 sudu demi 1  sampai doh jadi lembut dan tak melekat kat tangan.
  7. doh anda telah pun siap.

Persediaan inti:

Bahan2:

1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji kentang (potong dadu)
daging kisar ( sukatan ikut suka hati)
2 ulas bawang merah. (hiriskan)
2 helai daun kari (potong kecik2)
2 sudu serbuk kari (bancuhkan dengan 2/3 sudu air atau santan)

cara2;

  1. goreng bawang merah sampai keemasan. keluarkan.
  2. masukkan dalam kuali tadi daun kari. goreng sampai bau wangi.
  3. masukkan bancuhan serbuk kari.
  4. tumis sampai naik minyak n bau wangi.
  5. masukkan daging dan kacau rata samapi masak.
  6. masukkan bawang besar, kentang.
  7. kacau rata.
  8. masukkan garam sikit, gula sikit, ajinomoto sikit.
  9. rasa ...
  10. kalau dah sedap tutup api.kalau tak, perasakan lagi smpai kena dengan lidah kita.
  11. lepas siap inti tu. biar inti sejuk.
  12. gaulkan dengan bawang merag goreng tadi.
  13. inti anda siapp.
doh pastri yang telah siap tadi, canaikan ia dengan penggelek.
potong pastri  bulat2 dengan penerap. aku takdak penerap... so aku guna muncung gelas.. pastikan bersih yaaa.

masukkan inti atas sebahagian pastri bulat tersebut. tutup inti dan tekan hujungya utk ,eratakannya.
kelimkan bahagian tepinya.

goreng dengan api sederhana.

Siap utk dihidang!!!!



Spicy Spaghetti & Fethucinni Bolognese Recipe

Assalamualaikum semua. Bertemu kita kembali di alam maya ini. hehe. Hari ini , alhamdulillah sangat aku ucapkan sebab aku berjaya memasak spageti bolognese dengan air tangan aku sendiri. Ini adalah first time tau. sejak masuk fasa terakhir cuti 3 bulan aku ni, aku juga memasuki fasa memasak. haha. lepas survey punya survey macamana nak masak benda ni, siap call roomate kat Johor lagi, akhirnya terhasillah Spaghetti Bolognese aku..hehe, happy ni tau.

So, aku rasa macam nak kongsi lah sikit resepi yang mudah ni.


FOREMOST:
Bahan-bahanya:

5 ulas bawang putih (potong dadu / cincang)\
1 tin cendawan bulat
2 botol sos pasta tradisional kimball
ayam cincang ( sukatan ikut suka hati)
sosej (potong nipis2)
garam gula secukup rasa
sos cili ( kalau nak pedas)
tomato puree (optional)
SPAGHETTI (aku guna vernecilli punya pasta, sukahatilah nak jenis apa ye)





Langkah-langkahnya:

  1. tumis bawang putih tu sampai wangi.
  2. masukkan cendawan, ayam, sosej
  3. masukkan sos spageti kimball. masukkan air dalam botol tu utk habiskan sisa sisa dia.
  4. masukkan sos cili
  5. kalau nak masam masukkan tomato puri. (aku masukkan jugak tomato puri ni, tapi jadi masam sangat).kena pandai bajet lah.
  6. tambahkan air kalau pekat sangat.
  7. cuba rasa.
  8. kalau macam lack of something, masukkan gara secoet, gula pastu ajinomoto sikit je.
  9. cuba lagi. kalau dah best tutup api

oh!! aku lupe nak terangkan macamna nak rebus pasta tu.

  1. didihkan air dalam periuk
  2. masukkan sedikit garam dan sedikit minyak
  3. bila air dah menggelegak, masukkan spageti tersebut
  4. rebus sampai semua nya kembang dan dah lembut.
  5. tos kan dan siap dihidang.







Haaa.. macam tu lah caranya ye.. 
semput aku menaip. hehe. Spageti aku buat ni kalau lidah aku macam ok je, tapi mak sedara aku cakap terlebih pedas.
maybelah sebab aku rasa macam terletak banyak sangat sos cili.huhu. Apepon inilah hasilnya... TArrraaa...






Alhamdulillah...sangat. Aku masak ni utk brunch hari ni, tapi sebab ada lagi lebih, aku makan utk supper jugak.

biasalah, cuti cuti ni, kerja bina badan tu, memang kerja aku..haha. 

utk supper aku rebus Fetuchinni, sebabh spaghetti aku dah habis. aku tak tahu pulak yang satu peket lagi pasta san remo tu adalah fetucini, tapi nak buat mcamana dah beli kan. hentam jelah labuuu.

Supper : Milo Tabur Dinosor dan Fethucinni Bolognese.


Ok lah . Till then . Wassalam.

COMEBACK entry

Assalamualaikum semuaa. Rasanya dah lama aku tak update entry baru kan. tersangat lama. padahal aku start cuti bulan 10 lagi.dan ni dah masuk bulan 12. cuti aku pun dah masuk fasa terakhir.huhu. agak sedih di situ.  sepanjang cuti aku ni, aku dilanda keboringan yang tak melampau sangat laa.

bulan sebelas hari tu kak long aku telam selamat menjalani majlis konvokesyennya. alhamdulillah. tahniah aja ucapkan kepada kak long. semoga berbahagia bersama suami tercinta. Kak long konvo lepas dia dah dapat kerja tau. sekarang ni dia kerja kat hospital kat Johor. humm, dalam bidang farmasi lah.

Masa kak long dalam dewan nak tunggu turn nak ambil scroll, kitorang tak boleh masuk, umi dan ayah je yang dibenarkan utk masuk, haha, aku, aghoh, kak ngah dan adikk apa lagi, merayau-rayau lah sekitar kawsan UIA Gombak yang besar gedabak tu... mula2 kitorang jalan2 dulu, nampak ramai sangat makcik2 , abang2 tengah jual bunga, yelah majlis konvo kott, bunga tu memang tak boleh lari lah kan..

kitorang jalan2 kat booth pameran negara2 luar yang dibina oleh student2 UIA kat sane, tak haairan pun sebab UIA ni kan international, mestilah ramai foreigner,  bergambar sakan lah sepanjang 'perayauan' kitorang tu..haha


lepas tu ternampak lah budak2 ngan orang dewas ada jugak tengah main belon gergasi, waah, kitorang apa lagi, terus nak main jugak lah..
sewa stick yang paling besor, pastu main pepuas hhaaha...memang buat kawasan tu macam kwasan rumah kitorang je..semua org tengok, malu naa




haha memang the giant bubble lah..

kitorang memang terpisah terus ngan abg long iaitu abang ipar baru kitorang haha, suami kaklong,
kalo dia ada sekali , memang tak ah main jayen babel bagai..


inilah hasilnya, family potrait kita orang, Tahniah once again kak long , gambar ni nampak macam 8 orang kan, tapi sebenarnya 9 orang, alhamdulillah tahun depan inshaallah aku akan dapat anak buah..hehe

That's all ,you all.
Wassallam.