::: dudes :::

Wednesday, February 15, 2012

*~Aku & Fb (Syria..Apa yang berlaku sebenarnya???)~*

Bismillahirrahmanirrahimm

Entry saya kali ini ialah tentang negara yang sedang bergolak sekarang ni..Syria..Oklah..semalam saya ada melawat group KeARAh dan terjumpa satu post yang menceritakan dengan agak detail mengenai perkara yang actually berlaku dekat saudara kita kat Syria...sebelum berjumpa dengan post ni saya ada terfikir nak tanya sesiapa yang labih arif serta banyak pengetahuan tentang isu macam ni, saya tak tahu kenapa hati saya rasa teruja nak tahu perkara sebenar...sememangnya Syria diuji dengan begitu hebat sekarang, MasyaAllah..Oleh itu, saya rasa nak share melalui blog tercinta ni tentang the truth abaout Syria..

*****************************************

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria

-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan

-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;

"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Jzkk AKH Abu Abdullah)

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)


This is what happens to the mouth of a person who says the word “Freedom” in Syria. O ALLAH please do help our brothers and sisters there..ameen


*****************************************

MasyaAllah!! Sesungguhnya saudara-saudara kita disana amat memerlukan kita , mereka berjuang mati-matian untuk menegakkan Islam...

bila saya baca artikel ini, perasaan gerun menyelinap masuk ke dalam hati saya, saya mula terfikir:

"mampukah aku untuk melawan seperti mereka lakukan itu?"

saya rasa sangat bersalah kerana ketika saudara-saudara saya bermati-matian menegakkan Islam, saya bersenang-lenang di rumah, berehat-rehat, tengok tv dan online..

namun, saya tak mampu untuk turut mengangkat senjata kerana saya bukanlah sesiapa hanya seorang yang lemah..

tapi , apabila difikirkan masih ada yang saya boleh lakukan untuk saudara2 di sana iaitu..menDOAkan mereka..

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah, aku tidak mampu menolong saudara2ku di Syria melainkan dengan hanya menitipkan d'oa buat mereka, Ya Allah kau hancurkanlah Rejim Basyar, berikanlah khabar gembira buat mereka di Syria , yaAllah..Aaminn..



Semoga Allah menyelamatkan saudara2 kita di sana , InsyaAllah

And say: The truth has come and the falsehood has vanished; surely falsehood is a vanishing (thing).

~AlIsraa:081

Monday, February 13, 2012

*~cinta dan valentine~*

BismillahirRahmanirRahim..Alhamdulillah , pertama dan selamanya saya merafatkan syukur terhadap pencipta, Allah yang masih beri peluang kepada saya dan kalian semula utk kembali bernyawa hari ini..Oklah..hari ni saya agak rajin sedikit utk post entry..memandangkan ada masa terluang (xpergi blaja kereta),

Sekejap tadi saya buka account muka buka saya (acecey,macam Najwa Latiff la pulak), masuk dalam group Batch Form 5 sekolah saya, adalah sahibah saya share an interesting article from I Luv Islam, (famous punye lawan sesawang)...judul article tu ialah..

~Dan Perempuan Baik Yang Bercinta, Pada Hari Valentine~

bila saya scroll dan baca article ni..it's so nice and really awesome to share to everyone..

Frankly, saya mengaku yang saya xpernah ada experience bercinta mahupun dicinta..tapi of course it's a great lying kalau saya kata yang saya x pernah rasa untuk cinta dan dicintai..hehe..kerna I'm also human being..

Adalah ayat dalam article ni yang buat saya rase nak share (that's mean copy @ paste..huhu):

***

"Ya, menjaga kamu dengan memberitahu kamu sesuatu berkenaan cinta, supaya kamu mengerti bahawa cinta itu adalah sangat biasa. Tidak ada apa-apa istimewanya berkenaan cinta. Cinta itu sama biasanya dengan kuku yang boleh tumbuh selepas dipotong. Dan di situlah silapnya banyak manusia, kerana menganggap perasaan cinta itu sangat istimewa. Mereka menyangjungnya sampai hilang akal, kerana mereka tidak sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa. Dan kamu sendiri, adakah kamu sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa?"

Aku menggeleng, dan ibu terus menyambung,


"Manusia apabila sudah tidak sanggup kehilangan yang istimewa, mereka akan berbuat apa sahaja. Mereka menganggap ia sesuatu yang ajaib, padahal itu cumalah ilusi. Dan lebih menakutkan, pada ketika manusia menganggap cinta bukanlah berkenaan apa yang kita peroleh, tetapi adalah berkenaan apa yang kita beri, iaitu segala-galanya. Pada ketika tahap itu, maruah akan kita beri, keingkaran agama akan kita beri, dan iman juga akan kita tukarkan kepada cinta. Sedangkan, iman itulah yang perlu dianggap istimewa, bukannya cinta," jelas ibu, dan ada yang aku setuju walaupun banyak yang aku keliru.


***

Nice tak ayat ni..tau tak yang petikan ni buat saya buka mata saya dan semakin yakin bahawa tiada istimewa tentang cinta, perkara biasa..macam potong kuku tumbuh balik, macam makan nasi kembali lapar..manusia sahaja atau dengan kata lain kita aje yang mengistimewakan cinta..

keimanan adalah paksi

Quote yang saya ambik dari SINERGI ( novel Hilal Asyraf), seperti kata petikan article ni, sebenarnya iman itu yang kita mesti diISTIMEWAkan, bukan CINTA..

***
"Ibu sudah memberitahu kamu, iman lah yang perlu dianggap istimewa. Apa sahaja perkara baik yang dicampurkan dengan 'istimewa' akan menjadikan ia 'istimewa'. Begitu jugalah cinta. Cinta itu sangat biasa, tetapi apabila ia dicampurkan dengan 'iman' barulah ia menjadi cinta yang istimewa. Kamu tahu mengapa ia istimewa?"

***
"Apabila semua dihubungkan dengan keimanan, maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa"~SINERGI

apabila cinta itu kita adunkan dengan Iman, pastinya doh yang istimewa akan dapat dihasilkan..

kerana, kita mesti sentiasa dan terus ingat bahawa hidup kita di dunia ini tertakluk kepada terma dan syarat yang digariskan oleh Allah, bukan semberono sahaja..

kenapa bila campur dengan iman jadi special ?..

***

"Kerana, dengan campuran iman dan cinta, iman akan bertambah-tambah dan paling nikmat, adalah rasa cinta itu juga semakin bertambah banyak. Dan kamu tahu bagaimana kita mengenal cinta itu semakin banyak? Apabila, pasangan tadi tidak berhenti berusaha membahagiakan pasangannya. Sekiranya dahulu sering SMS, selepas nikah tetap berusaha SMS. Begitu jugalah sebaliknya, cinta akan terhenti apabila, ada antara pasangan sudah berhenti berusaha."

***

saya selalu fikirkan:

kalau dah bercinta sebelum kahwin, manisnya dah hilang, semua tentang sang jejaka atau si manis sudah pun diketahui, makanan dan minuman favourite dia, warna favourite dan so on..
jadi bila dah nikah..ape lagi yang nak dikongsi..

itu pendapat sayalah..

Cinta Lepas kahwin, Baitul Muslim..hummm masih muda untuk bercerita tentang hal ini kot..

apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah bersiap siaga untuk menjadi lelaki atau wanita yng soleh dan solehah..tapi harus diingat satu perkara yang saya juga baru tahu dan sedar lepas baca SINERGI

Dalam mencari keredhaan dan rahmat Allah, ada satu yang pasti kita semua selalu salah faham..

Jangan sekali2 kita jadikan keredhaan Allah itu sebagai batu loncatan, medium, atau wadah untuk kita memperoleh cinta..(walaupun cinta itu halal)..

tapi jadikan..cinta yang kita peroleh itu sebagai matlamat utama iaitu mendapat MARDHATILLAH...

ingatlah mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis, bak kata orang puteh,

'No pain, no gain'

untuk dapat yang terbaik, jadi yang terbaik, bagi wanita2 (termasuk saya..)..
jadilah perempuan yang baik..dan membaikkan

same goes tu lelaki..

***
"Perempuan baik itu adalah suatu proses. Jangan sesekali mencuba menjadi perempuan baik hanya dalam masa sehari, tetapi berusahalah menjadi perempuan baik sampai kamu mati. Kerana, pasti orang seperti kita ada melakukan dosa, tetapi bangkitlah kembali dengan taubat. Itulah perempuan baik bagi ibu, iaitu perempuan yang sentiasa berusaha menjadi hamba kepada Allah yang taat. Dan taat kepada Allah, kamu tahu ia bukan sekadar satu dua perkara, tetapi ribuan perkara, meliputi hal ayah ibu, suami, anak, jiran, ibadah, menjaga maruah, menjaga mulut, taubat, dan banyak lagi. Itulah perempuan baik bagi ibu, perempuan yang sentiasa berusaha ke arah perkara yang baik-baik."

***
ingat, it's a process and will retain until we die..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekiranya ,
kita cinta kepada manusia,
x semestinya manusia cinta kpd kita.

tetapi sekiranya,
kita cinta kpd Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,

Sekiranya, kita akan cemburu kpd
org yg mencintai orang
yang kita cintai,

tetapi sekiranya,
kita cinta kpd Allah,
kita akan turut melabuhkan cintanya
kepada Allah juga..

Jika Allah mencintai seseorang hamaba maka Allah memasukkan kecintaan ini kedalam hati para malaikat,

Jika Allah membenci terhadap seseorang hamba, maka Allah memasukkan kebencian ini kedalam hati para malaikat, kemudian memasukkan ke dalam hati manusia..

~Hadis Sahih~


Petikan dari karya Fatimah Syarha~Pemilik Cintaku~





#Buku yang mesti dibaca oleh setiap orang (promoting session),
~Sinergi by Hilal Asyraf
~ Pemilik Cintaku by Fatimah Syarha


I do hopes yang entry kali ini dapat dicerna dengan baik, InsyaAllah..Do not just read..please heed..


Qudwah terbaik dalam bercinta:Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyerahkan sekuntum mawar merah tanda cinta yang tidak pernah pudar walaupun bahtera perhakwinan bersama diharungi 50 tahun lalu. Tuan Guru menghadiahkan mawar berkenaan pada majlis Hari Suami Isteri 2012 yang diadakan di Balai Islam, Lundang




SAY NO TO VALENTINE!!!


*special entry for valentine

*~upu oh upu.~*

Bismillahirrahmanirrahim..masuk hari ni dah hampir nak masuk 3 bulan saya dan rakan graduate SPM..Alhamdulillah..syukur sebab masih hidup..semoga Allah terus panjangkan umur sampai hari ambil results ..amiin,

Humm..entry kali ini saya cuma nak ceritera sikit fasal perkara penting yang mesti dibuat oleh kami iaitu graduan SPM...tapi ape yer?..hehe..

semestinya isi borang kemasukan UPU..

pada mulanya saya isi data je dulu..ape orang kate FASA 1..bila FASA 2 dah dibuka..umi cakap kena start isi dah pilihan program..dan kt sinilah saya mula rasa dilemma..

sangat dilemma..sebab sampai sekarang saya xpasti cita2 sebenar saya..
bila umi tanya ;

"Kak uteh, kak uteh nak jadi ape sebenarnya?"

saya mula gelabah, tak tau nak jawab ape..(huhu)..akhirnya saya jawab:

"Kak uteh tak tahu lagilah ,umi..Kak uteh confuse..tapi yang pasti Kak Uteh xnak ambik Medic.."

umi pun tanya balik kenapa..saya sendiri tak tahu kenapa saya tak nak mengambil medics sebagai pilihan utama saya..tapi sebenarnya dalam hati saya dah ada jawapan..

saya tak nak ada terlalu banyak komitmen bila saya dah kerja nanti..saya harap komitmen terhadap kerja saya dapat dibalancekan dengan komitmen keluarga (sangat memandang ke hadapan, hehe)

so..saya berhajat untuk memilih Dentist sebagai cita2 utama saya..dan saya mempunyai hasrat untuk pergi luar negara,

~JORDAN~

negara ini amat menarik perhatian saya, mungkin kesan membaca novel atau kawan2 yang bercerita tapi ini merupakan hasrat dan impian saya..

tapi..sebelum itu keputusan SPM? ni yang buat saya cuak ni..huhu..INSYAALLAH..berkat do'a,usaha...dengan izin Allah results saya dapat memuaskan hati saya sendiri, umi ayah, dan guru2..Amiin

saya harap sangat dapat berkongsi keputusan saya dengan semua ..
#Jordan oh jordan..

Tuesday, February 7, 2012

~Let's Recycle..~




Kempen yang telah kerajaan lancarkan untuk mengitar semula sampah2 sarap sudah lama berjalan, Alhamdulillah,

Tong2 sampah kitar semula sudah banyak disediakan, satu utk kertas, satu utk kaca, dan satu utk plastik,

begitu sekali inisiatif yang telah dijalankan bagi menjaga kebersihan alam sekitar,

Namun,

pernahkan kita sebagai hamba Allah, muslim dan juga muslimah , berfikir sejenak,

`Adakah aku sudah recycle iman aku',

mesti ada yang tertanya2..iman pun kena recycle ke..?

sudah tentu..iman kita juga perlu direcyclekan atau lebih tepat perlu diperbaharui...

Tapi, apakah caranya?

Jawapanya ialah...
selalulah kita mengucapkan kalimah syahadatain...


أشهد أن لا إله إلا الل

,وأشهد أن
محمدا رسول الله


kalimah ini umpama kalimah emas yang sangat mahal dan tinggi harganya...

selain itu perbaharuilah iman kita dengan senantiasa melakukan Tazkiyatun Nafs atau muhasabah diri atau refleksi diri..

selidiklah selalu maksiat2 serta dosa2 yang selalu dan pernah kita buat, sudah tentu kita tidak akan terlepas dari sebarang kesalahan kerana kita adalah hamba yang hina,

perbanyakkan zikiri kepada Allah, zikir itu adalah mengingati Allah,
sesungguhnya dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang...

pesanan ini khusus buat diri ini yang menaip post ini dan untuk semua yang singgah di teratak ini, kalau tak boleh ambil banyak, sikit pun sudah cukup...

untuk pengisian hati dan rohani..

Please do read and heed...

Thank You for reading..