::: dudes :::

Monday, February 13, 2012

*~cinta dan valentine~*

BismillahirRahmanirRahim..Alhamdulillah , pertama dan selamanya saya merafatkan syukur terhadap pencipta, Allah yang masih beri peluang kepada saya dan kalian semula utk kembali bernyawa hari ini..Oklah..hari ni saya agak rajin sedikit utk post entry..memandangkan ada masa terluang (xpergi blaja kereta),

Sekejap tadi saya buka account muka buka saya (acecey,macam Najwa Latiff la pulak), masuk dalam group Batch Form 5 sekolah saya, adalah sahibah saya share an interesting article from I Luv Islam, (famous punye lawan sesawang)...judul article tu ialah..

~Dan Perempuan Baik Yang Bercinta, Pada Hari Valentine~

bila saya scroll dan baca article ni..it's so nice and really awesome to share to everyone..

Frankly, saya mengaku yang saya xpernah ada experience bercinta mahupun dicinta..tapi of course it's a great lying kalau saya kata yang saya x pernah rasa untuk cinta dan dicintai..hehe..kerna I'm also human being..

Adalah ayat dalam article ni yang buat saya rase nak share (that's mean copy @ paste..huhu):

***

"Ya, menjaga kamu dengan memberitahu kamu sesuatu berkenaan cinta, supaya kamu mengerti bahawa cinta itu adalah sangat biasa. Tidak ada apa-apa istimewanya berkenaan cinta. Cinta itu sama biasanya dengan kuku yang boleh tumbuh selepas dipotong. Dan di situlah silapnya banyak manusia, kerana menganggap perasaan cinta itu sangat istimewa. Mereka menyangjungnya sampai hilang akal, kerana mereka tidak sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa. Dan kamu sendiri, adakah kamu sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa?"

Aku menggeleng, dan ibu terus menyambung,


"Manusia apabila sudah tidak sanggup kehilangan yang istimewa, mereka akan berbuat apa sahaja. Mereka menganggap ia sesuatu yang ajaib, padahal itu cumalah ilusi. Dan lebih menakutkan, pada ketika manusia menganggap cinta bukanlah berkenaan apa yang kita peroleh, tetapi adalah berkenaan apa yang kita beri, iaitu segala-galanya. Pada ketika tahap itu, maruah akan kita beri, keingkaran agama akan kita beri, dan iman juga akan kita tukarkan kepada cinta. Sedangkan, iman itulah yang perlu dianggap istimewa, bukannya cinta," jelas ibu, dan ada yang aku setuju walaupun banyak yang aku keliru.


***

Nice tak ayat ni..tau tak yang petikan ni buat saya buka mata saya dan semakin yakin bahawa tiada istimewa tentang cinta, perkara biasa..macam potong kuku tumbuh balik, macam makan nasi kembali lapar..manusia sahaja atau dengan kata lain kita aje yang mengistimewakan cinta..

keimanan adalah paksi

Quote yang saya ambik dari SINERGI ( novel Hilal Asyraf), seperti kata petikan article ni, sebenarnya iman itu yang kita mesti diISTIMEWAkan, bukan CINTA..

***
"Ibu sudah memberitahu kamu, iman lah yang perlu dianggap istimewa. Apa sahaja perkara baik yang dicampurkan dengan 'istimewa' akan menjadikan ia 'istimewa'. Begitu jugalah cinta. Cinta itu sangat biasa, tetapi apabila ia dicampurkan dengan 'iman' barulah ia menjadi cinta yang istimewa. Kamu tahu mengapa ia istimewa?"

***
"Apabila semua dihubungkan dengan keimanan, maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa"~SINERGI

apabila cinta itu kita adunkan dengan Iman, pastinya doh yang istimewa akan dapat dihasilkan..

kerana, kita mesti sentiasa dan terus ingat bahawa hidup kita di dunia ini tertakluk kepada terma dan syarat yang digariskan oleh Allah, bukan semberono sahaja..

kenapa bila campur dengan iman jadi special ?..

***

"Kerana, dengan campuran iman dan cinta, iman akan bertambah-tambah dan paling nikmat, adalah rasa cinta itu juga semakin bertambah banyak. Dan kamu tahu bagaimana kita mengenal cinta itu semakin banyak? Apabila, pasangan tadi tidak berhenti berusaha membahagiakan pasangannya. Sekiranya dahulu sering SMS, selepas nikah tetap berusaha SMS. Begitu jugalah sebaliknya, cinta akan terhenti apabila, ada antara pasangan sudah berhenti berusaha."

***

saya selalu fikirkan:

kalau dah bercinta sebelum kahwin, manisnya dah hilang, semua tentang sang jejaka atau si manis sudah pun diketahui, makanan dan minuman favourite dia, warna favourite dan so on..
jadi bila dah nikah..ape lagi yang nak dikongsi..

itu pendapat sayalah..

Cinta Lepas kahwin, Baitul Muslim..hummm masih muda untuk bercerita tentang hal ini kot..

apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah bersiap siaga untuk menjadi lelaki atau wanita yng soleh dan solehah..tapi harus diingat satu perkara yang saya juga baru tahu dan sedar lepas baca SINERGI

Dalam mencari keredhaan dan rahmat Allah, ada satu yang pasti kita semua selalu salah faham..

Jangan sekali2 kita jadikan keredhaan Allah itu sebagai batu loncatan, medium, atau wadah untuk kita memperoleh cinta..(walaupun cinta itu halal)..

tapi jadikan..cinta yang kita peroleh itu sebagai matlamat utama iaitu mendapat MARDHATILLAH...

ingatlah mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis, bak kata orang puteh,

'No pain, no gain'

untuk dapat yang terbaik, jadi yang terbaik, bagi wanita2 (termasuk saya..)..
jadilah perempuan yang baik..dan membaikkan

same goes tu lelaki..

***
"Perempuan baik itu adalah suatu proses. Jangan sesekali mencuba menjadi perempuan baik hanya dalam masa sehari, tetapi berusahalah menjadi perempuan baik sampai kamu mati. Kerana, pasti orang seperti kita ada melakukan dosa, tetapi bangkitlah kembali dengan taubat. Itulah perempuan baik bagi ibu, iaitu perempuan yang sentiasa berusaha menjadi hamba kepada Allah yang taat. Dan taat kepada Allah, kamu tahu ia bukan sekadar satu dua perkara, tetapi ribuan perkara, meliputi hal ayah ibu, suami, anak, jiran, ibadah, menjaga maruah, menjaga mulut, taubat, dan banyak lagi. Itulah perempuan baik bagi ibu, perempuan yang sentiasa berusaha ke arah perkara yang baik-baik."

***
ingat, it's a process and will retain until we die..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekiranya ,
kita cinta kepada manusia,
x semestinya manusia cinta kpd kita.

tetapi sekiranya,
kita cinta kpd Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,

Sekiranya, kita akan cemburu kpd
org yg mencintai orang
yang kita cintai,

tetapi sekiranya,
kita cinta kpd Allah,
kita akan turut melabuhkan cintanya
kepada Allah juga..

Jika Allah mencintai seseorang hamaba maka Allah memasukkan kecintaan ini kedalam hati para malaikat,

Jika Allah membenci terhadap seseorang hamba, maka Allah memasukkan kebencian ini kedalam hati para malaikat, kemudian memasukkan ke dalam hati manusia..

~Hadis Sahih~


Petikan dari karya Fatimah Syarha~Pemilik Cintaku~





#Buku yang mesti dibaca oleh setiap orang (promoting session),
~Sinergi by Hilal Asyraf
~ Pemilik Cintaku by Fatimah Syarha


I do hopes yang entry kali ini dapat dicerna dengan baik, InsyaAllah..Do not just read..please heed..


Qudwah terbaik dalam bercinta:Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyerahkan sekuntum mawar merah tanda cinta yang tidak pernah pudar walaupun bahtera perhakwinan bersama diharungi 50 tahun lalu. Tuan Guru menghadiahkan mawar berkenaan pada majlis Hari Suami Isteri 2012 yang diadakan di Balai Islam, Lundang




SAY NO TO VALENTINE!!!


*special entry for valentine

No comments: