‘Hajar!!’
Aku
berpaling kearah suara yang memanggilku.
Lif yang ditunggu dari tadi tidak kunjung tiba. Memandangkan aku menetap
di tingkat 9 , terpaksalah menunggu utk sampai ke sana.
‘Eh, Zai,
dari mana ni?’, aku membalas panggilan ex classmate ku sewaktu Tingkatan 5
dahulu. Kami tidaklah terlalu rapat, namun disebabkan kami dulu sekelas, kami selalu bertegur sapa
bila bertemu.
Sebuah
senyuman ku berikan kepada teman sebelahnya yang kutahu namanya Najihah.
‘saya baru
lepas hantar Lia balik ni , awak pulak dari mana?.’
‘saya dari
kiosk, beli barang sikit’, ‘Eh, kenapa dgn Lia?, kenapa time2 macam ni pulak
dia balik?’
Memandangkan
hari ini hari selasa, semua pelajar tidak dibenarkan untuk keluar ke mana2 dari
kawasan kampus melainkan mendapat keizinan. Lia balik , sebab tu aku pelik.
‘sebenarnya
baru tadi Lia dapat call dri Kelantan, mak dia tenat sekarang ni’
‘Masha
Allah, kenapa? Apa yg dah jadik?’
Aku
terkejut. Lia jga merupakan ex classmate ku dulu. Masih kuingat aku selalu
melihat ibunya menunggunya di tepi kelas bila kelas kami ada kelas tambahan.
Pernah juga ibunya bertanya kepadaku dimana anaknya bila anaknya tiada di
kelas. Dari situlah aku mengenali ibunya.
‘ saya pun
tak pasti, tapi kalau tak silap mak dia sakit ulu hati, agak teruklah sekarang, baru pukul 8
tadi abang dia call’
‘habis tu
Lia balik naik flight ke?’
‘eh,
taklah, dia balik dengan kereta sedara
dia, tadi baru sedara dia mari ambil’
‘ sempatke
sampai malam ni?’
‘tak
tahulah tu, inshaa allah sempat’
‘Inshaa Allah’
‘Ya Allah, panjang kan lah umur ibu Lia.’ Aku
tidak dpt menjelaskan kenapa hatiku tiba2 berbisik doa itu.
“Assalam,
korang, tolong doakan ibu Zalia, khabarnya sekarang tengah sakit tenat, doakan
Lia selamat pulang sekarang..”
Aku
menghantar mesej tersebut ke beberapa kawan2 sekolah yang aku ada nombor telefon mereka. Beberapa daripada
mereka berada di kedah, ada juga yang berada di negeri Sembilan. Selepas
mendapat keputusan SPM Mac lalu, kami membawa haluan masing2 ke IPTA2 di Malaysia, ada juga yang berada di luar
Negara sekarang.
Pen biru ku
aku pegang semula, hajat di hati hendak meneruskan tutorial Bio yang tinggal
sedikit sahaja lagi belum disiapkan.
~Kearah
satu perjalanan….~ lagu Hambamu nyanyian Mawi dan Akhill Hayy berbunyi..
Satu
panggilan masuk, ternyata sahabatku yang kukenali .
“Assalamualaikum, Jar!, kau dah tahu ke yang mak Lia dah
takde?’
“
Waalaikumussalam, eh Hani, betulke? Mane kau tahu ni..aku jumpa dengan zai tadi dia kate mak Lia tenat jer, belum
mati lagi..sape yang cakap kat kau ni?”
“ Eh, aku
tengok dekat fb lah, ada student ibu Lia yang ucap takziah, tadi petang ibu dia
meninggal”
“oh ye ke,
Ya Allah , inna lillahiwa inna ilaihiraji’un”
Tiba tiba
aku rasa ada air bergenang di kelopak mataku, hatiku sebak. Suaraku bergetar.
Roommate ku
Amalin yang dari tadi ssedang melayari internet memandang ke arahku.
“jar, aku
terbayang keadaan Lia sekarang, macamana agaknya perasaan dia kan?, sebelum ni
kan dia happy go lucky”
“a’ah,
tulah Masyi, aku terfikir kalau benda ni jadi kat aku, na’uzubillah, tak
sanggup aku nak fikir lah”
“Ok
takpelah jar, thanks lah tadi kau infom kat aku pasal ibu Lia, aku rase Lia
belum tahu yang ibu dia dah takde”
“ Sama-sama
Masyi, tak apalah, aku nak tanya Zai keadaan Lia sekarang..bye”
Percakapan
kami terhenti di situ.
“Ya Allah,
sesungguhnya hidup dan mati kami terletak padaMu, panjangkanlah umur ibu ku Ya
Allah”
Hatiku
berdoa.
“Mati
itu pasti, walau kita pergi ke mana mana ceruk dunia ni pun, mati kita takkan
pernah boleh lari daripadanya”
Kata-kata penceramah jemputan Talk yang berjudul “Mati
pasti” itu terngiang-ngiang di telinga ku.
Talk itu
dianjurkan oleh badan perwakilan pelajar di kampus ku.
Tiba-tiba
ku rasa bahuku di tepuk.
“oit, jauh
mengelamun, sampai kat mana dah?”
“ kau ni
Raihan, agak agak lah nak tegur orang pun, sakit jantung aku tau”
“wei, kau
dah tahu berita trbaru, kita akan dapat
lecturer Math baru tau”
“ha!
Kenapa? Sir izwan pergi mana?” , Math
merupakan subjek favourite sejak sekolah lagi, dan aku selalu pergi bertemu 4
mata dengan Sir Izwan untuk bertanyakan soalan.
“Oh, kau
tak tahulagi ke? Sir kan sakit parah, dia accident semalam”
“what! Ya
Allah, teruk ke?”
“teruk ke
tak aku tak tahu, tapi aku dengar dia kat ICU sekarang ni”
“Innalillahiwainnailaihiraji’un, kesiannya kat Sir, harap2 dia ok”
Aku
mengelamun seketika sebelum memulakan ulangkaji
Math ku untuk kuiz esok.
Hatiku
masih diselubungi sedih mendengar berita dari Madam Nailah, lecturer Mathku
yang baru.
Sir izwan
dah meninggal? Rasa macam baru tadi aku bercakap dengan dia. Tak percaya
rasanya. Berita ni buat aku hilang mood
nak belajar malam ni.
“Ya Allah, cucurilah rahmat kepada roh Sir
Izwan” hatiku berbisik.
Beg laptop ku bimbit masuk ke ruang bacaan bahagian sister dalam library
kampus ku.
Niatku masuk library hari ni
hanya satu, nak dapat internet, disamping
mencari bahan untuk assignment Biology ku dalam kesejukan air cond.
Memandangkan hari ini hari
minggu, bolehlah aku spend masa lebih sedikit.
Perkara ni selalu dilakukan oleh student kampus ku. Perkhidmatan wi fi
dalam library ni memang bagus. Aku juga mengambil kesempatan untuk memeriksa
akaun facebook ku yang dah lama tak dibuka kerana kesibukan diri yang melanda.
Ketika aku asyik online, mataku tertangkap satu post yang dishare oleh
salah seorang friend fb .
PERINGATAN!!
TOLONG INGAT MATI SETIAP MASA..!
Firman Allah (yang bermaksud):
“Di mana sahaja kamu berada, kematian akan datang menemuimu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.”
(An-Nisa’: 78)
“Apabila telah sampai ajal seseorang, maka sesaat pun tidak dapat ditangguhkan, dan sesaat pun tidak dapat didahulukan.”
(Al-A’raf: 34)
Cukupkah bekalan kita hari ini dan hari2 sebelum ini??
Bertindak sebelum terlambat..Wallahualam..
TOLONG INGAT MATI SETIAP MASA..!
Firman Allah (yang bermaksud):
“Di mana sahaja kamu berada, kematian akan datang menemuimu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.”
(An-Nisa’: 78)
“Apabila telah sampai ajal seseorang, maka sesaat pun tidak dapat ditangguhkan, dan sesaat pun tidak dapat didahulukan.”
(Al-A’raf: 34)
Cukupkah bekalan kita hari ini dan hari2 sebelum ini??
Bertindak sebelum terlambat..Wallahualam..
Mati itu datangnya tiba – tiba. Hatiku bergetar.
Seusai
aku menunaikan fardhu ‘isyak, aku termenung lagi.
“Jar, apesal aku tengok kau asyik termenung jer dua tiga hari ni?”
Keperhatinan
roommate ku Syakirah terserlah.
“A’ahlah,
aku pun perasan jugak, kau monyok jer , ape pasal? PMS ke?”, Amalin mencelah
pula.
“kau
sedih sebab lecturer Math kau dah meninggal ke?, rileks lah, yang hidup pasti
mati kan??”
Syakirah mengagak. Aku masih lagi berdiam.
“
alaa, chill lah Jar, betul Syak cakap tu…tak payah lah sedih sangat” Amalin
mencelah lagi.
“
Sebenarnya, aku tengah fikir ni, kenapa aku asyik dengar pasal orang mati jer sekarang
ni?, mula mula mak Lia, lepas tu Sir Izwan, lepas tu aku terbaca dekat fb, pun
pasal mati jugak.. pergi dengar talk pun pasal mati, tiba-tiba aku rasa macam
mati tu dekat sangat dengan aku tau, kau orang tak rasa macam tu ke?”
Panjang
jawapan ku berikan. Amalin dan Syakirah memandang dan mendengar jawapan ku itu.
“ Aku
tiba-tiba fikir kalau Allah nak tarik nyawa aku, sekarang pun Dia boleh ambil
kan?, dekatnya mati tu dengan aku..tulah yang buat aku sedih, aku rasa aku
belum ready lagi nak mati”
Jawapan
ku ku sambung.
“Kau
buat aku takutlah Jar, aku pun belum ready lagi nak mati” Amalin memegang
tanganku.
“kalau
kau belum ready, aku lagilah, apasal kau cakap macam ni Jar?” Syakirah
bertanya.
“
bila kita akan ready ek? Aku takut bila fikir pasal ni balik, Ya Allah, bila
–bila masa jer tuhan boleh tarik nyawa
kita, ngeri nya bila bayangkan semua tu”
“
habis tu, apa kita nak buat? Jar, daripada kau bayangkan bila kau akan mati,
baik kau fikirkan tentang persediaan untuk mati, “
“
betul juga kau cakap Malin, Jar,
daripada kita cakap kita tak ready lagi nak mati, baik kita fikir macamana nak
jadikan kita ready, kan?”
“ Aku
setuju dengan korang cakap tu, thanks sebab sudi dengar luahan hati aku. Okay, malam ni,
sebelum tidur kita buat solat taubat sama2 ek!”
Aku bersemangat semula.
“Inshaa allah..” serentak kami mengucapkan lafaz
tersebut.
kini, baruku sedari selain aku punya sahabat lain selain sahabat sahabatku sekarang, iaitu kematian.
kini, baruku sedari selain aku punya sahabat lain selain sahabat sahabatku sekarang, iaitu kematian.
No comments:
Post a Comment