::: dudes :::

Tuesday, December 17, 2013

Resepi Karipap Rapuh Sangatt

Assalamualaikum warah matullah ..semuaa. Hari ni aku ada something special nak share tau. Haa.
Well. memandangkan aku cuti sekarang, dan aku sangat boring di rumah, jadi aku telah mencuba beberapa resepi yang aku jumpa dalam buku2 resepi yang ada kat rumah. Hasilnya sangat memberansangkan .haha.
 mak aihh...kenape sampai comot2 buku ni, dahlah takdak cover. adoyaiii.

Haaaaa! inilah buku resepi yang aku guna utk buat karipap yang aku mention kat title entry ni..haha. jangan terkejot sebab aku pon terkejut. inilah orang kata 
"Don't judge a book by its cover" , walaupun buku aku ni takdak cover.
Mula2 aku pun heran, macamana buku bughuk ni boleh sesat dalam rumah aku.haha.
aku try tanya umi , and umi sendiri cakap dia pun tak thu. haha. Tapi umi ada cakap yang buku ni adalah buku Kemahiran Hidup masa zaman dulu2.
No wonder lah..kalau korang baca buku ni, memang dapat jadi suri rumah terbaikk punya.. resepi apa dia tak ada, dari cara buat air teh dan cara nak masak nasik, sampailah cara nak buat ikan masak masam manis. semua step tu memang terbaikk lah. sebab tulah karipap yang aku buat tu menjadi.


Ok. Back to the main point. Cara nak buat Karipap yang lazat lagi enak.

Resepi Pastri Rapuh (resepi asas)
Bahan2:

120gm tepung gandum
1/4 camt. garam ( hujung sudu je)
45gm majerin beku
3-4 air sejuk.

Cara2:

  1. Ayak tepung dan garam masuk dlm mangkuk.
  2. masukkan majerin.
  3. potong majerin kecik2 ngan pisau
  4. gaul dan ramas majerin dan tepung dengan hujung jari sampai jadi macam serbuk roti
  5. masukkan 2 sudu air sejuk. kacaukan campuran.
  6. masukkan air 1 sudu demi 1  sampai doh jadi lembut dan tak melekat kat tangan.
  7. doh anda telah pun siap.

Persediaan inti:

Bahan2:

1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji kentang (potong dadu)
daging kisar ( sukatan ikut suka hati)
2 ulas bawang merah. (hiriskan)
2 helai daun kari (potong kecik2)
2 sudu serbuk kari (bancuhkan dengan 2/3 sudu air atau santan)

cara2;

  1. goreng bawang merah sampai keemasan. keluarkan.
  2. masukkan dalam kuali tadi daun kari. goreng sampai bau wangi.
  3. masukkan bancuhan serbuk kari.
  4. tumis sampai naik minyak n bau wangi.
  5. masukkan daging dan kacau rata samapi masak.
  6. masukkan bawang besar, kentang.
  7. kacau rata.
  8. masukkan garam sikit, gula sikit, ajinomoto sikit.
  9. rasa ...
  10. kalau dah sedap tutup api.kalau tak, perasakan lagi smpai kena dengan lidah kita.
  11. lepas siap inti tu. biar inti sejuk.
  12. gaulkan dengan bawang merag goreng tadi.
  13. inti anda siapp.
doh pastri yang telah siap tadi, canaikan ia dengan penggelek.
potong pastri  bulat2 dengan penerap. aku takdak penerap... so aku guna muncung gelas.. pastikan bersih yaaa.

masukkan inti atas sebahagian pastri bulat tersebut. tutup inti dan tekan hujungya utk ,eratakannya.
kelimkan bahagian tepinya.

goreng dengan api sederhana.

Siap utk dihidang!!!!



Spicy Spaghetti & Fethucinni Bolognese Recipe

Assalamualaikum semua. Bertemu kita kembali di alam maya ini. hehe. Hari ini , alhamdulillah sangat aku ucapkan sebab aku berjaya memasak spageti bolognese dengan air tangan aku sendiri. Ini adalah first time tau. sejak masuk fasa terakhir cuti 3 bulan aku ni, aku juga memasuki fasa memasak. haha. lepas survey punya survey macamana nak masak benda ni, siap call roomate kat Johor lagi, akhirnya terhasillah Spaghetti Bolognese aku..hehe, happy ni tau.

So, aku rasa macam nak kongsi lah sikit resepi yang mudah ni.


FOREMOST:
Bahan-bahanya:

5 ulas bawang putih (potong dadu / cincang)\
1 tin cendawan bulat
2 botol sos pasta tradisional kimball
ayam cincang ( sukatan ikut suka hati)
sosej (potong nipis2)
garam gula secukup rasa
sos cili ( kalau nak pedas)
tomato puree (optional)
SPAGHETTI (aku guna vernecilli punya pasta, sukahatilah nak jenis apa ye)





Langkah-langkahnya:

  1. tumis bawang putih tu sampai wangi.
  2. masukkan cendawan, ayam, sosej
  3. masukkan sos spageti kimball. masukkan air dalam botol tu utk habiskan sisa sisa dia.
  4. masukkan sos cili
  5. kalau nak masam masukkan tomato puri. (aku masukkan jugak tomato puri ni, tapi jadi masam sangat).kena pandai bajet lah.
  6. tambahkan air kalau pekat sangat.
  7. cuba rasa.
  8. kalau macam lack of something, masukkan gara secoet, gula pastu ajinomoto sikit je.
  9. cuba lagi. kalau dah best tutup api

oh!! aku lupe nak terangkan macamna nak rebus pasta tu.

  1. didihkan air dalam periuk
  2. masukkan sedikit garam dan sedikit minyak
  3. bila air dah menggelegak, masukkan spageti tersebut
  4. rebus sampai semua nya kembang dan dah lembut.
  5. tos kan dan siap dihidang.







Haaa.. macam tu lah caranya ye.. 
semput aku menaip. hehe. Spageti aku buat ni kalau lidah aku macam ok je, tapi mak sedara aku cakap terlebih pedas.
maybelah sebab aku rasa macam terletak banyak sangat sos cili.huhu. Apepon inilah hasilnya... TArrraaa...






Alhamdulillah...sangat. Aku masak ni utk brunch hari ni, tapi sebab ada lagi lebih, aku makan utk supper jugak.

biasalah, cuti cuti ni, kerja bina badan tu, memang kerja aku..haha. 

utk supper aku rebus Fetuchinni, sebabh spaghetti aku dah habis. aku tak tahu pulak yang satu peket lagi pasta san remo tu adalah fetucini, tapi nak buat mcamana dah beli kan. hentam jelah labuuu.

Supper : Milo Tabur Dinosor dan Fethucinni Bolognese.


Ok lah . Till then . Wassalam.

COMEBACK entry

Assalamualaikum semuaa. Rasanya dah lama aku tak update entry baru kan. tersangat lama. padahal aku start cuti bulan 10 lagi.dan ni dah masuk bulan 12. cuti aku pun dah masuk fasa terakhir.huhu. agak sedih di situ.  sepanjang cuti aku ni, aku dilanda keboringan yang tak melampau sangat laa.

bulan sebelas hari tu kak long aku telam selamat menjalani majlis konvokesyennya. alhamdulillah. tahniah aja ucapkan kepada kak long. semoga berbahagia bersama suami tercinta. Kak long konvo lepas dia dah dapat kerja tau. sekarang ni dia kerja kat hospital kat Johor. humm, dalam bidang farmasi lah.

Masa kak long dalam dewan nak tunggu turn nak ambil scroll, kitorang tak boleh masuk, umi dan ayah je yang dibenarkan utk masuk, haha, aku, aghoh, kak ngah dan adikk apa lagi, merayau-rayau lah sekitar kawsan UIA Gombak yang besar gedabak tu... mula2 kitorang jalan2 dulu, nampak ramai sangat makcik2 , abang2 tengah jual bunga, yelah majlis konvo kott, bunga tu memang tak boleh lari lah kan..

kitorang jalan2 kat booth pameran negara2 luar yang dibina oleh student2 UIA kat sane, tak haairan pun sebab UIA ni kan international, mestilah ramai foreigner,  bergambar sakan lah sepanjang 'perayauan' kitorang tu..haha


lepas tu ternampak lah budak2 ngan orang dewas ada jugak tengah main belon gergasi, waah, kitorang apa lagi, terus nak main jugak lah..
sewa stick yang paling besor, pastu main pepuas hhaaha...memang buat kawasan tu macam kwasan rumah kitorang je..semua org tengok, malu naa




haha memang the giant bubble lah..

kitorang memang terpisah terus ngan abg long iaitu abang ipar baru kitorang haha, suami kaklong,
kalo dia ada sekali , memang tak ah main jayen babel bagai..


inilah hasilnya, family potrait kita orang, Tahniah once again kak long , gambar ni nampak macam 8 orang kan, tapi sebenarnya 9 orang, alhamdulillah tahun depan inshaallah aku akan dapat anak buah..hehe

That's all ,you all.
Wassallam.


Saturday, May 25, 2013

kena gelak sebab minat Anuar Zain

zaman sekarang orang minat artis Korea, Kpop...layan drama , n fanatic group diorang...aku layan jugak drama Korea tapi setakat ni aku boleh kira dengan jari jer berapa drama Korea yang betul2 aku layan sampai habis, Dream High, Fugitive Plan B, Rooftop Prince, Becoming a Billionaire, n currently, aku dalam proses nak habiskan drama Arang n the Magistrates..

Runningman adalah satu2nya realiti show yg aku btol2 minat gler, sebagai penghilang stress aku lepas aku habis kuiz..haha (talk to the hand)..

tapi sekarang bukan benda tu aku nak cakap..haha,  haritu, masa roomate aku tengah sibuk cakap pasal Shinee, Ft Island, tetiba aku menyampuk, aku cakap, aku tak layan lagu Korea sangat, aku lebih suka Anuar Zain punya lagu..diorang terus gelakkan aku sampai pecah perut, memang kurang hasam punya kawan, hahaha, ada ke pulak cakap aku tak up to date sebab minatt artis melayu, kenape pulak tak boleh, at least aku minat orang Islam kan ,, hahaha..-..-

aku minat dia tu sebab suara dia yang empuk jer..haha, bila aku dengar lagu sedetik lebih  maser aku tengah studi , tetiba aku perasan yang suara dia best sangat..haha, sejak tulah aku jadi minat all of sudden, and start tulahh aku download lagu dia dari Ajari aku sampailah Lelaki ini, tapi bila aku cakap kat mak sedara aku, dia pun sama ja macam kengkawan aku yg len, gelakkan aku.. hahaha, lantaklah..aku layan lagu random jer, tapi antara suara feveret aku suka denga, Anuar Zain, Letto , Siti Nurhaliza...aku pun taktau kenapa..hahaha


speechless moment when..

aku nak cerita satu cerita , seorang budak ni, according to tajuk kat atas ni..cerita dia macam ni..

Diana (bukan nama sebenar), sorang budak yang boleh dikatakan baiklah, sekarang dah masuk U dah pun, n kat U sana, dia adalah belajar ilmu agama jugak, n termasuk dalam apa yang dia belajar tu pasal mengumpat, atau orang putih kata 'backbitting' atau org arab kata 'ghibah', di ada belajar pasal situasi2 bila mengumpat ni diboleh kan, n dia sedar bahawa bila mengumpat tu macam makan makan daging sedara di yang mati, dia cuba sedaya upaya nak elakkan dari mengumpat tu, sebab dia tahu yang Allah larang orang mengumpat, tapi, ada ja time time yang dia termengumpat,
kalau dengan kawan2, dia boleh kawal perbualan so that tak masuk zon mengumpat, tapi bila dia balik rumah dia xleh nak cakap apa bila  famili dia yang lebih tua dripada dia mengumpat, nak cakap tak kena , so thats when she become speechless..dia taktau nak buat apa, so dia pun senyap jer..
last sekali, dia doa dlm hati semoga Allah hentikan mereka drpd mengumpat....



catering:housekeeping:exhausted

exhausted dayssss..that what i wanna expressed for my current situation..wake up at six, and at 7.30 rushing to resort to start working..ommo?? resort..haha..

i was just recruited by my mak sedara to be one of her workers for this holiday..yes a resort worker next to my house ..Gelora Beach Resort, it is actually part of my family business, but currently handled by my mak sedara..

harini boleh dikatakan agak busy, pagi start catering, sedia breakfast utk budak sekolah rendah yang masuk buat program, yelahh, dah start school holiday kan, memang tak menang tangan lah, tak sempat bebudakk tu lapar dah kena bagi makan kat diorang minum pagi, lepas tu lunch, agak pening disitu, ditambah pulak dengan sore throat yang menimpa aku sejak balik dari PJ ni..tapi takpalah abaikan..n harini tak pening macam semalam, n tak stress macam semalam..

semalam, mak sedara aku yg  memang aku rapat gilerr, yang telah rekrut aku bekerja tu..marah kat aku semalam, n marah kat kembar n jugak sepupu sorang lagi yang juga telah direkrut sama.. ini disebabkan  kami masuk kerja tak seperti diarahkan, n kami janjikan..haa tengok tengok...(kalau nak kerja buat cara nak kerja)..haha, memang cuak n stress semalam, aku tegur dia, lansung tak disambut dengan jawapan, malah dijeling haha, (serve your right)..n pagi tadi , (of courselah aku masuk kerja tak sampai pkul 8) , terus aku minta ampun, haha, minta maaf dengan mak sedara aku tu..lepas tu kenalah bebel bebel ngan dia..tahan telinga sudahh, dah pandai buat salah, pandailah minta maaf, kan?

alhamdulillah, harini hubungan kami jadi ok balik ..haha, betullah tu air dicencang takkan putus, kalau diminum baru habis, kan kan...  ..lepas bebudak sekolah rendah tu check out tengahari tadi, kenalah house keeping beberapa bilik, n  esok inshaalah, kemas asrama pulak..

nak dijadikan citer, cuti ni maknanya aku bekerja sakan lah yeee...haha.. 

Wednesday, May 22, 2013

expect the unexpected

live is unexpected , we need to expect the unexpected, so when the unexpected comes, we already ready,

aku bercakap sikit punya macam pro, (pro sangatlahh ye..),

berbalik kepada tajuk asal, aku xde ape sangat yang aku expect sekarang melainkan aku expect nk dapat 4flat utk exam yg bru lepas ni, somehow, actually aku expect yang aku akan dapat 4 tu, aku expect ok, expect, or mungkin boleh cakap yang aku perasan..atau bermimpi?lantaklah apepun, tapi for sure, i didnt expect less then 3.5, and benda tu tu yang aku baru perasan yang less then 3.5 is unexpected..

suddenly(ayat clihe), i realize, i shouldnt abandoned this 3.5 and below, aku mesti masukkan jugak dalam list expect aku tu, so that im ready emotionally..so, takdelah aku frust menonggeng sangat lepas ni, kalau aku dapat yang unexpected tu, tapi na'uzubillah, mintak dijauhkan..

berbalik kepada ini entry punya title, expect the unexpected, tadi berkisar tentang result aku yang aku expect, and now, about how my life flow that i expect..which mean here and hereafter(akhirat)..
ofcourse every single person aku rasa akan expect masuk syurga bila kiamat nanti, and so do I, but, yet, aku terfikir, apakah apa yang aku expect itu seiring dengan kemampuan aku? mampukah aku untuk masuk syurga? yes, aku mampu expect, aku mampu mimpi, but apakah aku mampu utk mendapat??

everything is possible, Batu (its me, stone), but how? macamana aku nak buat diri aku mmpu untuk menempah tiket masuk syurga, and of course lah takda siapa yang nak ke neraka i guess,

the answer is, buat apa yang Allah suruh tinggal yang Allah larang.. (boooo, what a cliche statement), memang, memang nampak cliche, tapi, dah ni yang betul, nak buat macamana??..kan ,..

by hook or by crook kita kena buat benda ni, untuk dapat yang kita expect, no pain no gain lah braderr...

to get something nice, we must do better...

dont judge a book by its cover PART 2

first impression, yes, thats what a normal thing happen when we meet somebody that we never know,
well, the thing is, kita boleh kenal seseorang only dengan tengok luaran dia macam mana, maybe ayat ni boleh disangkal dengan banyak hujah, but , benda ni bergantung kepada situation yang berlaku,

kalau kita nak buat kawan, memang kita tak perlu memilih luaran , tapi, itu tak bererti luaran tak penting, luaran sangat penting sebab, orang akan determine kita ni macamana according to luaran kita, so , by hook or by crook, we must have a good one..

bukanlah nak jadi hipokrit, memang ada jee orang yang akan cakap macamtu, and aku pun pernah berfikir macam tu, siapa suka hipokrit, bila kta berlakon kita rasa xselesa, TAPI, sampai bila kita nak stay dengan perangai bad behaviour kita kalau kita tak cuba latih diri kita dengan good one?

sometimes people always think that they dont wont to change because they dont wanna be hypocrites, tapi kalau macam tu, bila kita nak jadi baik kalau cubaan nak jadi baik tu dipanggil hipokrit, everything has its beginning, kalau tak ada permulaan takkan ada pengakhiran , dan its definitely not easy to start i mean to be good sebab we have enemy in our own self.. iaitu nafsu..

dont judge a book by its cover PART 1

ceh, sikit punya cliche tajuk aku bagi..lantak ah..there something stuck in my mind that i wanna spread..of courselah pasal dont judge a book punya title kat atas..

its sort of my point of view, people always say, kalau tak kenal jangan judge org tu, or jangan judge org dari sudut luaran, ok fine,

as for me, dalam friendship or socializing ethics, we shouldn't judge somebody by his/her outside...because ada satu perkataan yg aku pernah dengar masa kat sekolah dulu, first thing mesti ada dalam ukhuwah is "salamatussodri" which mean berlapang dada which more mean, bersangka baik and at the end it means, jangan bersangka buruk..umm, its quite true then, and its quite useful for me now and then,

yet, aku terfikir jugak, sometimes, kita memang bleh judge org tu dengan tengok luaran dia..umm, somehow, actually, apa yang kat dalam akan terbit kat luar, and ones behaviour, or we can say,  akhlaq seseorg merujuk kepada bagaimana keadaan hati dia, i dont think kalau org jahat hati dia, dia akan behave dengan baik, (well , kita kecualikan pelakon2, bcoz there re just acting),

aku bukan apa, aku dapat berfikir macam ni bila aku tengok balik that dont-judge-a-book-by -its-cover quote tu, and bila aku fikir balik, memanglah kita xleh judge buku tu by its cover tapi, kalau kitaa nak tahu roughly pasal buku tu, enough dengan tengok buku tu punya cover, i meaan title buku tu, and somehow , it makes sense if i use this parable with human life ..well, thats mean yang akhlaq kita or our behaviour, actually tell how our inside is.., kalau org tu serabut serabai, how come org nk cakap dia tu pembersih, kalau dah kuku panjang sedepa, jangan salahkan org bila orang ckap kita ni pengotor..

again

cuti start lagi, ini bermakna aku bebas dari belenggu buku yg tebal (credit to buku fizik serway vuille yg sampai satu kilo), yet, cuti ni xselama mana, 3 weeks ..'hanya'..terasa nak tulis sesuatu kat blog harini..
teringat kt blog yg terbiar seperti bangunan terbengkalai, so kita renovate sikit jd lebih oh dan sem..(osem la sangat)..nothing to say sangat just saja2..

Monday, January 7, 2013

cupcake choclate :baked:

assalamualaikum semuaaaaaa
 harini aku rasa gatal tgn nak menulis entry, bila kebosanan tahap jingga melanda, nilah kerjanya...

haha, back to the topic today, sebenarnya saja ja nk share experience aku buat kek cawan choc ni, eh bukan ke haritu dah buat ke??

oh, haritu, kek cawan kukus, this time kek cawan bakar, sebab aku tak pandai sangat nk buat kek bakar, pernah sekali aku buat , kek aku yg nk jdi coklat jadi hitam arang, hah ambik kau..tulah kali ni nk try sekali lagi nk buat kek cawan pulak..hehe, gatal tangan..

kronologi nya, haritu balik dari terengganu, umi singgah dekat kedai buku SMO nk beli alat2 tulis, quran n beberapa jenis buku  utk dia n adik aku , ahmad yg dah masuk foem one skrang neh...

sambil2 tunggu umi membeli aku pn cuci mata tengok majalah, tup tup ternampak majalah RASA, edisi bulan Januari yg paling latest punya, aku pn apa lagi, aku rembatlah buku tu..hehe chopp bukan rembat curi tau, belilah...

balik jer aku terus kaji mjlh tu, habis aku selongkar dalam dia, last2 yg menarik perhatian kau resepi kek cawan nilah...haaa, sebab tulah aku jadik gatal tiba2 nak baked kek cawan ni...

esoknya aku terus buat lah pagi2 hari lagi...hasilnya nilah dia



boleh tahan jugak lah tapi aku prefer kukus lagilah, walau pn leceh..







resepi dia aku bagitahu nantilah, kalau aku rajin nk buat entry hhehe...bila aku jadi gatal balik..


oklah..tatata..asslamualaikum..